berita

Sunway Theme Parks Tawar Pelbagai Promosi Menarik Bersempena Mega Roadshow!

February 17th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Bila sebut tentang taman tema mesti lokasi pertama yang terlintas dalam fikiran korang adalah Sunway Lagoon atau Sunway Lost World of Tambun betul tak? Lagi-lagi bila musim cuti panjang memang inilah tempat pertama yang nak dituju ramai untuk beriadah bersama yang tersayang.

Sebelum pergi tu kami yakin memang macam-macamlah website yang korang buka demi nak dapatkan harga promosi yang paling best kan? Haa.. Sekarang dah tak perlu susah-susah lagi geng sebab Sunway Theme Parks ada pelbagai tawaran istimewa untuk korang melalui acara Mega Roadshow!

Pelbagai pakej promosi menanti korang!

Mega Roadshow adalah inisiatif Sunway Theme Parks untuk berinteraksi secara dalam dan luar talian bersama rakyat Malaysia dalam proses pemulihan industri pelancongan yang terjejas akibat PKP tak lama dahulu.

Melalui acara ni korang bakal disajikan dengan pelbagai promosi istimewa untuk Sunway Theme Parks dan juga Sunway Hotel tau! Memang jimat! Tengok jelah potongan harga yang ditawarkan macam dekat bawah ni, jauh beza tau dengan harga sebenar.

Bukan ni je geng, ada banyak lagi pakej best untuk korang pilih sendiri dekat Mega Roadshow yang bakal berlansung pada 17 sehingga 27 Februari nanti di tiga lokasi iaitu Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, Aeon Mall Tebrau City, Johor dan Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.

Terus je lock date korang siap-siap dan bersedia untuk serbu Mega Roadshow nanti bila ianya tiba di kawasan korang okay!

STP Studios saluran untuk rakyat Malaysia berinteraksi dengan Sunway Theme Parks

Turut sama diperkenalkan adalah STP Studios yang membolehkan rakyat Malaysia untuk berinteraksi secara terus dengan Sunway Theme Parks.

Melalui saluran ni penonton berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelancaran produk terbaru, tawaran istimewa dan pelbagai info menarik mengenai Sunway Theme parks.

STP Studios bakal bersiaran pada setiap Jumaat jam 11 pagi bermula 18 sehingga 20 Februari 2022 melalui laman Facebook Rasmi Sunway Lagoon, Malaysia dan Sunway Lost World of Tambun

Paling best sekali korang berpeluang untuk menang cabutan bertuah sehingga RM500,000.00 geng! Tapi kalau nak tahu macam mana caranya kenalah tengok sendiri STP Studios nanti tau! Kami jamin memang tak rugi sebab korang bukan je boleh nikmati pelbagai promosi ekslusif tapi dapat menang hadiah lagi! Untung betul!

Sekali lagi kami nak ingatkan supaya jangan lupa tarikh penting bila Mega Roadshow akan singgah di tempat korang dan jangan terlepas siaran STP Studios! Dua-dua ni penting ya! lagi-lagi buat korang yang dah lama menanti akan promosi istimewa dari Sunway Theme Parks.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Sunway Theme Parks korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI dan SINI.

SKIP THIS AD ×