berita

Suri Rumah Pukul Kepala Suami Guna Telefon Bimbit?

November 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang suri rumah dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka semalam atas pertuduhan memukul kepala suaminya menggunakan telefon bimbit sehingga menyebabkan kecederaan dalam satu kejadian pada September lalu.

Nafi pukul suami guna telefon bimbit?

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Taman Saujana Puri, Bukit Katil kira-kira jam 11 malam pada 6 September lalu. Ibu kepada dua anak iaitu Noor Nazira Che Ghani, 25 tahun yang didakwa memukul kepala suaminya, Ezwan Elias, 27 menggunakan telefon bimbit bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat.

Dihadapkan ke mahkamah

Sekadar gambar hiasan

Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM2,000 dengan syarat tambahan penjamin adalah dalam kalangan ahli keluarga tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan tidak bekerja dan dalam proses penceraian selain mempunyai dua orang anak yang masih kecil serta tinggal dan bergantung sepenuhnya dengan ibu bapa.

Mahkamah kemudian mengekalkan jumlah jaminan sebanyak RM2,000 dan menetapkan tarikh 6 Disember depan bagi sebutan semula kes.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×