berita

[SURVEY] Jom Jawab Survey Ni Untuk Uji Sejauh Mana Korang Tahu Pasal Vaksin!

October 8th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Pengambilan vaksin merupakan antara cara pencegahan kesihatan awam yang paling berkesan untuk mencegah penyakit cegahan vaksin. Vaksin ni merupakan bahan yang dimasukkan dalam badan bagi pembentukan imuniti aktif terhadap penyakit cegahan vaksin. 

Itu merupakan secara dasarnya yang semua orang tahu kan? Tapi, sejauh mana korang tahu mengenai vaksin ni? Jom jawab survey dulu!

Berapa peratus pengetahuan korang mengenai vaksin? Jawab dulu survey ni!

Confirm betul atau ada yang ragu-ragu dengan jawapan sendiri?

Ha, mesti banyak soalan yang korang tak pasti kan? Benar vaksin ni penting untuk melindungi diri kita tapi ia juga memberi perlindungan kepada kanak-kanak lain dalam komuniti yang tidak boleh diberi vaksin.

Antara golongan yang paling penting untuk divaksin ialah bayi dan kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang rasa ragu-ragu, jangan risau,  jom tengok maklumat lanjut berkenaan vaksin dan imunisasi.

Tapi, sebelum tu…vaksin tu apa?

Bagi yang kurang faham, vaksin ni merupakan persediaan biologikal yang dimasukkan kedalam badan bagi pembentukan imuniti aktif terhadap penyakit cegahan vaksin.

Bahasa mudahnya bermakna, ia dimasukkan ke dalam badan, khas untuk melawan penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin sahaja! Bukan saja-saja nak masukkan tau.

Vaksin mengandungi ANTIGEN, iaitu sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria itu telah dimatikan atau dilemahkan.

Bukan ada satu jenis je tapi vaksin ni ada macam-macam jenis dan setiap satu darinya melawan penyakit cegahan vaksin dengan cara tersendiri!

Tapi, kenapa kanak-kanak pun kena vaksin juga? Kan kecik lagi?

Sebab semua individu berisiko untuk dijangkiti penyakit termasuklah bayi dan kanak-kanak. Walaupun mereka masih kecil, tapi mereka pun boleh dijangkiti tau.

Sistem imuniti mereka masih belum matang untuk melindungi badan mereka. Sebab itulah salah satu peranan vaksin ni adalah untuk meningkatkan sistem imuniti badan terhadap sesuatu penyakit! Anak-anak korang akan terlindung daripada penyakit berjangkit yang boleh membawa maut dan kecacatan kekal.

Bukan saja-saja cakap tapi memang dah terbukti. Ia berjaya membasmi Small Pox pada tahun 1980 dan pada Oktober 2000 pula, Malaysia telah berjaya menghapuskan penyakit Poliomyelitis!

Kalau tak, lagi macam-macam penyakit ada sekarang. Mesti takut nak bawa anak-anak keluar dan anak-anak pula mesti tak dapat nak membesar dengan baik.

Ada beza ke komuniti yang dah capai tahap imunisasi dengan tak capai?

Jauh beza tau! Jom rujuk gambar rajah ni untuk fahami dengan lebih lanjut.

Bila seseorang individu dah divaksin, risiko jangkitan dari seseorang kepada orang lain dapat dikurangkan dan bila risiko jangkitan dapat dikurangkan maka kuranglah penyakit dalam sesuatu komuniti. Mudah je guys perkara ni. Ia bukan sahaja boleh membantu diri kita tapi juga orang sekeliling. Lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Lagi kesian bila kanak-kanak dijangkiti sebab mereka tak tahu apa-apa dan tak tahu macam mana nak terangkan masalah kesakitan tu. Cara yang ada hanyalah menangis. Jadi, korang jangan lupa untuk vaksin anak-anak korang ok! Ia juga boleh membantu mereka untuk mengurangkan penyakit dimasa hadapan.

Ha korang kalau nak tahu lebih lagi, nanti kami akan keluarkan artikel mengenai keputusan survey tersebut dan ceritakan lebih lagi mengenai kepentingan vaksin untuk kanak-kanak. Kalau ada sebarang soalan mengenai survey tersebut atau apa-apa keraguan mengenai vaksin korang boleh  layari laman web mereka dekat SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×