Kesihatan adalah nikmat terbesar dan kekayaan sebenar buat semua orang. Tak kisahlah kalau anda mempunyai puluhan juta di bank pun, tetapi sekali diuji dengan sakit, semua harta di dunia dah tak bermakna lagi.
Begitu jugalah dengan kisah pengasas minyak essential LENA, Ruby Mohd Lana, wanita 57 tahun, bekas pesakit Covid 19 tahap 5 yang pernah mengalami masalah tidur malam yang teruk tetapi bangkit mencari solusi untuk diri sendiri, sekaligus membantu orang lain yang berkongsi masalah yang sama dengan dirinya.
Sebagai survivor Covid 19 yang pernah berada di ICU dan ditidurkan beberapa hari di hospital, Ruby masih trauma dan segala kejadian yang berlaku semasa dirawat di ICU akan terbayang kembali seperti dalam drama.
“Semasa ditidurkan, keluarga dan sahabat handai ramai yang melakukan solat hajat dan mendoakan kesihatan saya. Saya juga melihat arwah ibu dan bapa saya menunggu saya di sebuah padang hijau yang luas serta mempunyai anak sungai yang mengalir lembut.
Di bawah sepohon pokok yang rendang arwah ibu dan bapa tersenyum melihat saya. Seingat saya pada masa itu saya sudah bersedia untuk bersama-sama mereka dan sedang berjalan ke arah sana tetapi tiba-tiba satu pukulan yang amat kuat singgah di bahagian belakang bahu saya yang menyuruh saya untuk bangun”, kongsi Ruby.
Pengalaman tiga hari ditidurkan dan berada di ICU selama lapan hari membuatkan Ruby menghadapi trauma dan anxiety seterusnya mengalami kesukaran untuk tidur malam membuatkannya merasa letih dan tak bermaya.
Selain dari ubat-ubatan hospital, Ruby juga telah mencuba pelbagai alternatif lain untuk menyelesaikan masalahnya, termasuklah menggunakan minyak essential import. Walaupun berkesan, namun harganya agak mahal.
Faham akan kepayahan untuk mencari ubat-ubatan yang sesuai untuk mengatasi masalah tidur malamnya, Ruby mendapat inspirasi untuk membuat kajian tentang minyak essential sendiri di samping menolong mereka yang mempunyai masalah sepertinya untuk mendapatkan minyak berkhasiat seperti ini dengan harga mampu milik.
Kerja kerasnya selama lebih kurang 18 bulan dengan kerjasama beberapa pihak untuk mendapatkan formula yang diinginkan akhirnya membuahkan hasil dengan terciptanya LENA by rubylana ini.
LENA, minyak essential dengan harga mampu milik bantu capai tidur yang berkualiti
Menurut Ruby, mungkin sukar untuk meyakinkan pengguna-pengguna di luar sana bahawa LENA ini setanding atau lebih bagus dari jenama-jenama antarabangsa, namun setelah menerima respons positif daripada penggunanya yang mendapat tidur yang berkualiti setelah menggunakan LENA, ianya sudah cukup menggembirakan Ruby.
LENA, adalah minyak essential yang dirumus khusus untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sukar tidur, di samping mengurangkan stress, depressi dan anxiety.
Buat anda yang ada kegelisahan dan resah kerana tidur yang tidak cukup dan terganggu, LENA by rubylana boleh didapati pada harga promosi jualan pertengahan tahun iaitu RM63.00 sebotol. Jangan lepaskan peluang ini.
Cara nak menggunakannya pun mudah, tinggal sapu-sapu je dan inshaAllah masalah anda akan hilang dan lebih selesa untuk tidur.
“Mempunyai tidur yang berkualiti dan teratur boleh menyumbang kepada gaya hidup sihat. Bila badan dan minda sihat, inshaAllah penyakit-penyakit seperti amsonia, depressi dan anxiety boleh dielakkan. Hidup jadi lebih sihat dan gembira”, tambah Ruby.
Sempena pertengahan tahun, pihak Rubylana Beauty & Health ada membuat potongan sebanyak 30% bermula hari ini sehingga 1 Julai 2024 (selagi stok masih ada).
Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk LENA, anda boleh membuat pesanan dengan menghubungi talian hotline di 017-2303114 atau layari Facebook Rubylana Beauty & Health dan Instagram rubylanabeauty.
Nak iklankan perniagaan anda di syarikat penerbitan nombor 1 di Malaysia? Sertai #MariLokal dan promosikan perniagaan anda di lebih 30 platform dan capai sehingga 15 juta pengguna setiap bulan. Kembangkan perniagaan dan emelkan pertanyaan anda ke [email protected] hari ini.