berita

Susah Duduk & Sakit Bila Berjalan Bongkar Pelajar 17 Tahun Diliwat Cikgu Di Rumah Sewa

May 31st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Perbuatan sorang guru Sekolah Menengah Vokasional di Indonesia yang meliwat pelajarnya berkali-kali akhirnya terbongkar selepas mangsa dikejarkan ke hospital.

Cikgu cabul pelajar

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Sektor Sagulung, Donald Tambunan, kejadian tersebut disedari oleh bapanya semasa mangsa  menghadiri majlis bersama keluarga dan saudara-mara pada 14 Mei lalu. Si bapa mengesyaki sesuatu telah berlaku selepas melihat anak lelakinya itu seakan menahan kesakitan setiap kali sedang berjalan dan mengalami kesukaran untuk duduk.

Dia kemudian bertanya kepada mangsa apa yang telah terjadi selain dia bertindak memeriksa bahagian belakang badan anaknya itu. Ketika diperiksa, alangkah terkejutnya apabila melihat terdapat luka di bahagian dubur mangsa dan berair.

Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital dan mangsa akhirnya mengaku bahawa dia telah diliwat oleh gurunya sejak 9 Mac 2023 secara berulang kali di rumah sewa.

Selepas mendengar pengakuan tersebut, si bapa bersama beberapa guru lain telah pergi berjumpa guru terbabit. Suspek yang mengaku akan perbuatannya telah dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×