berita

Susah Nak Amalkan Gaya Hidup Sihat? Ini 5 Perkara Mudah Yang Korang Boleh Cuba!

November 11th, 2019 | by Mastura
Kesihatan & Hidup Aktif

Wei Syira, kau nak ikut aku try makanan viral kat area office kita? Orang kata dessert dia sedap!

Siapa pernah kena macam ni? Bila berazam nak amalkan gaya hidup sihat, time tu la satu demi satu dugaan datang. Ada akak office buat potluck, kawan ajak try kedai makan baru atau mungkin boyfriend tiba-tiba nak belanja makan. Ini semua dugaan!

Bukan mudah nak ubah gaya hidup yang korang dah biasa amalkan tapi kena jugak untuk kebaikan korang. Meh, min nak kongsi lima cara mudah yang korang boleh cuba untuk mulakan gaya hidup yang lebih sihat!

1. Tetapkan goals yang korang nak capai!

Pertama sekali, kena tetapkan apa matlamat korang bila nak amalkan gaya hidup sihat ni. Korang tulis atau buat peringatan tentang azam tu kat mana-mana tempat yang mudah dilihat. Dengan cara ni, barulah korang jadi lebih bersemangat dan tak mudah nak mengelat.

2. Amalkan pemakanan yang lebih berkhasiat.

Impian tanpa usaha pun tak guna ya. Kalau nak amalkan gaya hidup sihat, kenalah ubah cara pemakanan korang dulu. Faham.. Malaysia ni memang ada banyak makanan yang lazat sampai kadang-kadang susah nak tolak, tapi pilihan makanan yang berkhasiat juga tak kurang sedapnya.

Korang kena pandai pilih je sebenarnya. Mungkin korang boleh cuba Lactel BLISS®, minuman yogurt yang rendah lemak. Kalau korang nak tau, Lactel BLISS® mengandungi jus buah-buahan sebenar dan kultur hidup yang baik untuk perut.

3. Bangun awal & lakukan senaman ringan.

Mulakan hari korang dengan lebih awal. Menurut kajian, kalau korang betul-betul nak melakukan sesuatu yang memberi impak, korang haruslah memulakan hari korang dengan lebih awal.

Pada waktu pagi, otak korang berada dalam kondisi yang segar. Jadi, korang akan bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara. Korang juga boleh lakukan sedikit senaman ringan supaya hari korang lebih bertenaga.

4. Dapatkan tidur yang berkualiti.

Nak bangun awal untuk mulakan aktiviti tu dah bagus. Tapi, kena pastikan korang dapat tidur yang berkualiti. Tempoh masa untuk tidur yang berkualiti ialah 6 hingga 8 jam setiap hari. Elakkan tidur berlebihan pada waktu siang kerana korang akan sukar tidur pada waktu malam dan mungkin akan mendapat sakit kepala.

5. Ubah rutin harian, cuba perkara baru.

Melakukan rutin harian yang sama boleh buatkan korang mudah bosan. Alang-alang korang nak berubah kepada gaya hidup yang lebih sihat, boleh cuba ubah sedikit rutin harian korang.

Kalau dulu, asal ada masa lapang je korang mengunyah. Sekarang, apa kata waktu lapang korang lakukan dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti membaca buku. Lagi bagus korang dapat tambah knowledge daripada membawang kan.

Jom mulakan gaya hidup sihat dengan Lactel BLISS®. Jenama baharu, rasa sama hebat!

Siapa je yang tak tau tentang jenama minuman yogurt nombor satu di Malaysia ni. Haa… Tapi, kami nak bagitau korang yang minuman yogurt kegemaran ramai NESTLÉ® BLISS® kini dikenali sebagai Lactel BLISS®.

Walaupun bertukar nama kepada Lactel BLISS®, minuman yogurt rendah lemak ni masih mengekalkan rasa hebat yang sama. Dibuat daripada jus buah-buahan sebenar dan kultur hidup, Lactel BLISS® pastinya memberikan korang kebaikan minuman yogurt yang baik untuk perut dan membantu pergerakan dan fungsi usus.

Nak mulakan gaya hidup yang sihat? Dapatkan Lactel BLISS® di pasaran sekarang jugak. Korang mesti takkan menyesal punya! Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Lactel BLISS® korang boleh terus ke Facebook Lactel Malaysia.

Jom minum Lactel BLISS®!

The following two tabs change content below.