Setiap orang mesti nak muka kekal kelihatan muda je walaupun umur makin meningkat kan?
Bagi korang yang nak buat muka korang glowing dan awet muda korang wajib cuba serum yang dirumus khas dengan formula sains ni tau!
Min akan share pelbagai pilihan serum Demistry+ daripada Rohto-Mentholatum ni yang korang boleh cuba mengikut kesesuaian masalah kulit yang korang hadapi sekarang!
Dermistry+, merupakan jenama baharu yang pakar dalam serum untuk masalah kulit yang sukar diselesaikan!
Nama ‘Dermistry’ berasal daripada gabungan “Dermatologi dan Chemistry”, yang mencerminkan fokus mereka untuk menghasilkan gabungan serum dengan formula sains yang berkesan untuk menghidrat, mencerahkan, menghaluskan pori-pori, dan untuk membantu korang yang mempunyai masalah kulit berminyak, kering atau kombinasi.
Dermistry+ Booster Serum wajib dimiliki bagi korang yang nak selesaikan masalah kulit kusam!
Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum
Untuk pengetahuan korang, serum yang terpaling main character dalam rangkaian serum Dermistry+ ni ialah Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum.
Serum ini diperkaya dengan kehadiran bahan aktif dengan dos yang tepat seperti:
- 0.1% Retinol – mampu untuk memperbaiki kulit kusam untuk menjadikan lebih cerah dan berseri
- 5% Niacinamide – memudarkan tanda jerawat, bintik hitam untuk memberikan hasil tona kulit yang lebih sekata.
- 5% Vitamin C – dengan kuasa anti-oksida mampu untuk memberi penembusan segera ke dalam kulit untuk mencerahkan dan meratakan tona kulit semulajadi korang.
Serum ini juga bebas daripada wangian, alkohol, pewarna, minyak mineral, silikon, dan paraben jadi sangat sesuai untuk semua jenis kulit sebab ia memang direka khas dengan formula yang ringan dan tidak berminyak.
Jadi, korang jangan risau sebab semua jenis kulit boleh pakai serum ni!
Setiap titisan booster serum Dermistry+ ini juga direka khas dengan formula sains dengan dos yang tepat menggunakan komposisi berbeza untuk mencapai hasil yang berkesan.
Serum ini juga disokong oleh keputusan klinikal yang dijamin:
- 99% mengurangkan iritasi kulit yang sederhana atau rendah
- 87%* mampu untuk mencerahkan tona kulit
- 87%* mengurangkan garis halus dan kedutan
- 80%* sesuai untuk kulit sensitif
*berdasarkan ujian yang dilakukan dengan 30 wanita dalam 14 hari
Selain itu, dengan piawaian farmaseutikal seratus tahun dari Rohto, serum Demistry+ ini dihasilkan dibawah garis panduan GMP yang ketat bagi menawarkan rangkaian serum pekat komprehensif yang pasti mampu untuk mengatasi pelbagai masalah penjagaan kulit korang!
Hadir dengan pelbagai pilihan serum, tinggal nak pilih ikut kesesuaian masalah kulit korang je!
Selain daripada itu, terdapat serum rangkaian Dermistry+ yang lain untuk korang semua pilih mengikut skin concern korang, antaranya:
- Pore Refining & Spot Correcting Concentrate Booster Serum
- Intensive Hydrating Concentrate Booster Serum
- Restorative Radiance Concentrate Age Delay Booster Serum
- Prebiotic Activating Concentrate Barrier Repair Booster Serum
Boleh lah add-on dalam rutin penjagaan harian kulit korang kan? Confirm muka akan nampak macam remaja je walaupun umur semakin meningkat!
Jangan lupa try serum Demistry+ daripada Rohto-Mentholatum ni untuk selesaikan masalah kulit muka korang!
Tunggu apa lagi? Jom beli serum Dermistry+ Concentrate Booster Serum pada harga RM90 sahaja.
Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Demistry sekarang!