Min percaya mesti ramai di antara korang dah mula celik tentang kepentingan menyimpan wang. Tapi kadang-kadang tu, niat nak menabung memang ada cuma bila nak direalisasikan bukan main payah lagi, dari sebulan ke sebulan asyik bertangguh je.
Macam mana agaknya nak bagi rasa bersemangat sikit ya bila nak menabung ni? Haa.. Kami tanyakan sendiri kepada orang ramai tentang cara kreatif mereka untuk simpan duit dan 5 cara di bawah ni adalah antara jawapan yang kami terima.
1. Potongan secara automatik, tahu-tahu je dah ada beratus dalam simpanan – Azyan, 26
Sesetengah perkhidmatan perbankan atas talian dah ada pilihan tabungan, melalui ciri ni korang boleh pilih untuk simpan jumlah tertentu buat tempoh jangka masa yang korang sendiri tetapkan.
Tipsnya, jangan setkan nilai yang terlalu banyak sampai korang rasa terbeban. “Saya mula dengan hanya menyimpan RM50 setiap bulan, tak terasa sebab saya sendiri tak perasan kadang-kadang pemotongan dah dibuat, bila check semula tabung dalam masa beberapa bulan rupanya dah ada beratus ringgit!”
2. Simpan duit ikut warna – Asyraf, 29
Asyraf berkongsi cara kreatif dia untuk menabung adalah dengan mengasingkan wang kertas dengan ‘warna’ tertentu. Contohnya, untuk bulan ni dia nak menyimpan duit berwarna ‘merah’ jadi setiap kali ada duit baki berwarna ‘merah’ maka ia akan diasingkan untuk disimpan ke dalam tabung simpanan.
Pilihan warna adalah terserah kepada korang dan boleh ditukar tiap bulan atau minggu tapi janganlah baru sebulan menyimpan dah terus nak guna pula duit tu :(
3. Ajak pasangan menabung sekali – Nabieha, 31
Buat yang dah berpasangan, apa kata buatkan satu akaun simpanan untuk korang dan pasangan simpan duit bersama-sama setiap bulan. Kaedah ni lebih seronok sebab korang dapat tengok komitmen pasangan masing-masing macam mana bila menyimpan duit.
Lagipun dengan cara ni korang juga dapat menabung dengan jumlah yang lebih banyak. Good idea kan? Nanti sekali-sekala boleh lah korang reward diri sendiri dan pasangan dengan duit simpanan yang ada :)
4. Simpan duit di tempat yang susah untuk dikeluarkan – Shaifullah, 31
Simpan duit di tempat yang tak mudah nak dikeluarkan, contohnya seperti di KWSP, ASB atau tabung haji. Proses yang leceh untuk pengeluaran selalu buat saya malas untuk ‘kacau’ duit tersebut melainkan jika dah benar-benar perlu sangat.
Bila menyimpan pilihlah tempat yang tak boleh guna kad atau ke ATM untuk buat pengeluaran sebab proses pengeluaran yang lebih rumit akan buat korang auto rasa tak bersemangat nak keluarkan duit tu. Kena ke bank, cari parking lepas tu beratur kat kaunter lagi. Eh memang leceh lah.
5. Tunggu dulu sebelum membeli – Azraai, 25
Menurut perkongsian Azraai setiap kali nak membeli sesuatu, dia akan menunggu untuk tempoh 2 atau 3 minggu dahulu. Jika dia masih berminat dengan barang tersebut selepas tempoh yang ditetapkan tadi barulah dia akan teruskan pembelian.
“Tapi biasanya lepas beberapa minggu saya dah lupa pasal barang tersebut, jadi jimat duit dan tak membazir secara automatik duit tersebut boleh disimpan untuk kegunaan lain yang lebih penting”
6. Cari “Good deal” – Kenny, 33
Menurut Kenny, beliau akan cuba cari good deal seperti promosi atau diskaun sebelum membeli apa-apa pun.
“Biasanya I akan survey dulu before nak beli sesuatu untuk tahu sama ada barang tersebut lagi murah dibeli online atau di pasar raya. Contoh, I akan pergi dulu ke ruangan promosi dan cari barang yang ada tag Buy 1 Free 1 atau barang yang tengah ada diskaun. Memang lah dengan cara ni kita akan beli lebih daripada apa yang kita perlukan. Tapi tipsnya, beli barang yang boleh disimpan lama, macam ubat gigi atau sabun pembersih baju. So takda lah berlaku pembaziran”.
6. Insurans pun penting! – Elly, 31
“Pada saya, insurans sangatlah penting. Lagi-lagi dengan situasi sekarang yang tak menentu, jadi perlu sediakan payung sebelum hujan. Mana tahu kalau ada kecemasan tiba-tiba sakit ke? Haa.. Setidaknya tak perlulah nak guna duit sendiri atau terpaksa meminjam.” Eh, apa kena mengena insurans dengan menyimpan? Mudah je, kalau dah ada insurans, tak perlulah keluarkan simpanan kalau sakit nanti. Betul tak?
As a start korang boleh check out i-Lindung KWSP. Pelan perlindungan bawah i-Lindung ni renewable secara tahunan dan bayaran akan ditolak terus dari Akaun 2 korang. So, hanya bayar 1 kali untuk perlindungan setahun. Senang dan tak payah risau in case terlupa nak bayar, sebab kalau lupa bayar bulan-bulan boleh terbatal polisi insurans/takaful korang tau!
Pilih cara paling sesuai & konsisten adalah kunci utama untuk menabung
Sebenarnya tak kisahlah kaedah apa yang korang pilih untuk menyimpan wang yang penting adalah konsistensi. Taknaklah sekadar hangat-hangat taik ayam sahaja. Baru menabung untuk sebulan dua, tiba-tiba dah fikir nak self-reward atau enjoy dengan duit tu.
Lagi satu, kalau berkemampuan lepas ini apa kata korang tingkatkan kadar caruman KWSP korang.
Ramai yang tak tahu, tapi sebenarnya kalau korang naikkan 2% sahaja lagi kadar caruman sedia ada (11%) dan dicampurkan pula dengan caruman daripada majikan (13%), actually korang dah berjaya simpan 25% daripada jumlah keseluruhan gaji korang tau!
Untuk korang yang bekerja sendiri pula, korang pun boleh mencarum melalui i-Saraan KWSP, kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh klik SINI, mudah je tau. Semoga dengan usaha –usaha ini dapat memudahkan urusan persaraan korang di masa hadapan, sebab min yakin persaraan idaman korang semua adalah untuk hidup bebas hutang dan masalah kewangan.
Tak naklah dah tua nanti korang pening-pening fikir macam mana nak cari duit lagi, badan pun belum tentu sihat nak bekerja macam sekarang.
Jadi beringat-ingat dalam berbelanja dan mulakan simpanan korang hari ni, untuk kesenangan di masa hadapan. Jangan bertangguh ya!