berita

“Susahnya Ada Fake Friends!”- Ini 8 Cara Paling Cool Nak Layan Si Talam Dua Muka

March 22nd, 2019 | by Fella Zainal
Kini Trendy

fake friends

Kita sebagai manusia mesti ada satu aura yang kita boleh tahu kalau dia fake dengan kita kan. Tengok muka pun kita boleh tahu haa gitchuu! Alaa…normal lah kalau korang ada kawan yang jenis talam dua muka ni. Memang sedikit mencabar lah nak melayan tapi tak apa, korang layankan je diorang.

Korang tak perlu risau pasal kawan yang talam dua muka ni, cukup lah korang tahu macam mana nak handle diorang. Nah, sis katy share kat korang, cara paling cool korang nak layan si talam dua muka ni.

1. Hadkan perkongsian korang pada ‘fake friends’

jangan share kejayaan kat fake

Yang paling penting, korang jangan sesekali beritahu apa-apa tentang kejayaan atau rahsia korang. Sebab orang yang talam dua muka ni diorang tak suka kalau korang lebih berjaya daripada dia. Mesti diorang nak cari kesalahan korang supaya diorang boleh menjatuhkan korang dalam diam.

2. Jujur tentang kesalahan mereka

jujur kesalahan si fake

Korang sebenarnya tak perlu pun nak pendam kesalahan diorang. Kalau diorang ada berbuat salah, korang straight to the point je beritahu kesalahan diorang. Jangan buat diorang rasa macam korang nak elak, chill je okay!

3. Tak perlu gembirakan mereka

tak perlu happykan fake

Tak ada gunanya kalau korang cuba nak gembirakan diorang yang talam dua muka ni. Sebab apa? Yela nanti akhirnya diorang bukannya hargai korang pun. Baik korang gembirakan hati sendiri, itu lagi penting!

4. Focus dengan diri sendiri

focus dengan diri sendiri

Korang focus je pada kejayaan korang sendiri. Berusaha lah dengan keras untuk menaikkan diri sendiri. Jangan pula korang bawa sekali dengan si talam dua muka ni. Nak mudah, tinggal je diorang.

5. Hati-hati dalam bergaul

berhati-hati bergaul dengan fake

Kalau korang bergaul dengan si talam dua muka, korang kena lah behave perangai korang. Nanti entah apa-apa yang diorang buat cerita pasal korang, lepas tu bergossip dengan orang lain.

6. Berdiam lebih baik daripada berdebat

jangan argue dengan fake

Kalau boleh korang elakkan berdebat dengan si talam dua muka ni. Kalau diorang tak suka korang, apa-apa yang korang buat atau cakap confirm semua salah. Baik korang iya kan je kalau diorang cakap.

7. Be ‘nice’

berkelakuan sopan dengan fake

Sembang sopan sangat membantu korang tau nak melayan si talam dua muka ni. Ia boleh mengurangkan perselisihan faham di antara korang berdua. Mana tahu lepas ni tiba-tiba berkawan baik. Eh?! :P

yay dah siap

Sis Katy done share 8 tips macam mana korang nak layan si talam dua muka ni. Sis harap sis dapat membantu korang untuk sentiasa cool kalau korang ada kawan yang talam dua muka. Kalau nak lagi mudah, tak payah kawan dengan diorang. Hahaha :D

Apa pun macam biasa jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.