berita

“Susahnya Nak Cari Hadiah Gf” – 10 Idea Beli Hadiah Dekat Girlfriend Korang

April 19th, 2019 | by Farah Adibah
Kini Trendy

hadiah, merajuk, girlfriend

Girlfriend punya birthday dah dekat ke tu? Ataupun korang takda idea nak bagi hadiah ulang tahun. Betul tak? Sebab tu korang baca artikel ni. Sebenarnya nak bagi hadiah dekat teman wanita korang tak susah pun.

Korang rasa susah sebab mindset korang bagitau ‘perempuan ni complicated‘ kan? Meh sis Katy bagi 10 idea hadiah apa nak bagi dekat girlfriend korang, takdalah lepas ni diorang merajuk dah kalau hadiah salah!

1. Bouquet yang boleh makan

ayam goreng mcd, kyochon, hadiah, girlfriend

Korang mesti ingat perempuan selalu nak bunga je kan? Tak semestinya, cuba korang bagi dia sejambak ayam goreng ke atau pizza atau burger pun okay jugak. Mesti dia sukaaaa!

Kalau taknak makanan macam tu, korang boleh bagi dia sejambak coklat. Strawberry celup coklat pun cun gak!

2. Botol tumbler yang cute!

hadiah, botol air

Memandangkan sekarang ni musim panas, korang bagilah girlfriend korang tumbler yang cute atau cari tumbler yang boleh letak gambar korang.

Kalau diorang rasa pelik kenapa bagi botol tu, cakaplah yang uolls nak jaga dia, taknak dia jatuh sakit. Suruh dia minum air banyak-banyak. Sambil nak jaga kesihatan tu sambil tu sentiasa teringat kat korang sebab bagi botol tu. Sweet kan?

3. Kit kecemasan sedih/rindu

hadiah, chocolate, love letter

Ha ingat ada kit untuk bila kita luka je ke? Untuk sedih atau rindu pun ada jugak tau. Sedih tu bermakna waktu dia period pain lah. Korang buat satu kotak yang girlfriend korang boleh buka waktu sedih ataupun rindu korang je.

Contohnya, period kit tu korang letak lah coklat. Sebab bila kita tengah sedih, coklat je yang boleh hilangkan kesedihan tu. Untuk rindu, korang letaklah love letter. Rajin sikit nak menulis tu. Effort tu akan buat girlfriend korang cair tau!

4. Spend sikit dekat Minyak wangi mahal

hadiah, perfume, minyak wangi

Mesti korang rasa macam tak masuk akal kan idea ni? Idea ni kalau korang ada duit extra boleh lah cuba. Sebab takkan lah korang nak bagi dia minyak wangi pasar malam yang harga RM10 je kan?

Dia tu bakal jadi bini korang dan ibu kepada anak korang tau! Spend lah sikit nak bagi dia wangi-wangi kan? Nanti nak keluar dating bolehlah korang jerit “WAHAI DUNIA! NI GF AKU BAU DIA WANGI!”.

5. Satu set tudung

neelofa, hadiah, chiffon shawl

Sis tahu girlfriend korang dah banyak tudung. Walaupun dah banyak, percayalah yang dorang mesti rasa semua tu tak cukup. Apa kata korang hadiahkan dia satu set lagi. Dalam 5 helai pun dah cukup dah.

Walaupun 5 helai tu shawl chiffon yang sama material, pastikan warna tudung tu berbeza! Baru girlfriend korang bertambah-tambah sayang kat korang.

6. Barang kemas tak semestinya emas

rantai, cincin, hadiah

Siapa kat sini yang girlfriend dia suka melaram? Mesti ada kan! Maksud barang kemas tu korang takyah lah beria nak beli emas. Beli jela barang kemas macam rantai, cincin atau subang yang korang boleh jumpa dekat kedai jewellery biasa je.

Jangan beli kat pasar malam pulak yang cincin plastik tu tau! Hadiah harijadi atau hadiah ulang tahun bukannya selalu. Jadii kumpul duit sikit untuk beli barang kemas kat dorang.

7. Belikan kasut pun cun jugak!

kasut, sneakers, hadiah

Kasut kan kita pakai hari-hari. Percaya atau tidak, sebenarnya perempuan… akan sentiasa rasa tak cukup kasut! HAHA. Betul tak girls?

Belikan lah sneakers ke atau kasut flats yang dorang pakai untuk daily. Cakap kat girlfriend korang, “I sayang you, I taknak kaki you sakit pakai kasut tumit tinggi hari-hari”. Cute kan? Soooooo caring!

8. Sekali-sekala belanja relaks dekat spa, khas untuk si DIA

spa, hadiah

Dah penat seminggu bekerja, apalah salahnya sekali sekala korang belanja dia pergi spa rehatkan badan kan? Sambil tu korang boleh relaks sekali.

Kalau taknak spa pun pergi manicure atau pedicure. Confirm si DIA suka punyalah!

9. Barang kecantikkan

sephora, make up, hadiah

Untuk para lelaki kat luar sana yang 24/7 suka tengok girlfriend korang melawa tu. Jangan kedekut tau untuk hadiahkan dorang make up atau skincare ataupun peralatan make up.

Barulah si dia semangat sikit nak melawa. Orang tersayang yang bagi memang jadi lagi semangat!

10. Patung beruang yang comel

teddy bear, teddy bear gergasi, hadiah

Perempuan memang suka benda yang comel. Jadi korang beli lah patung beruang yang besar. Boleh dia bawak tidur malam sekali.

Tak caya dorang akan suka teddy bear besar? Cuba korang belikan, nanti teddy bear tu akan ganti tempat bantal busuk dorang yang akan dibawa ke mana saja tau. Cubalah!

happy, hadiah, awek

Lepas sis dah share ni, mesti korang tak rasa susah pun nak bagi hadiah kat girlfriend korang kan? Perempuan ni takdalah complicated yang macam korang sangka kan. Tapi kalau korang memahami dia lebih mendalam mesti boleh ngam punya!

Akhir sekali, korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.