berita

‘Suspek Alami Kecelaruan Identiti’ – Peguam Dedah Kes Ayah Tiri Tendang Anak Hingga Mati

March 7th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kejadian memukul dan mendera anak bukan kali pertama berlaku dalam masyarakat kita. Saban hari kes ini meningkat dan sering dibicarakan di mahkamah ekoran emosi ibu bapa tidak terkawal sehingga anak menjadi mangsa.

Seperti perkongsian dari Sir Kamarul ini mendedahkan kes mahkamah mengenai seorang ayah tiri bertindak diluar kawalan sehingga memukul dan menendang anak lelaki berusia 6 tahun sehingga mati. Bagaimanapun, kes ini mengambil masa untuk diselesaikan kerana suspek mengalami Anti Social Personality Disorder (ASPD). Menjadi persoalan, adakah suspek waras dan boleh dijatuhkan hukuman?

Anak tiri ditampar

Menurut perkongsian ini, tindakan ayah tiri kepada mangsa adalah bukan kali pertama. Detik tragis mangsa bermula apabila dia mengikuti ayah tirinya dan lagi seorang rakan kerja ayahnya itu menaiki kereta. Mangsa berusia 6 tahun itu mengadu ingin membuang air besar tetapi aduan itu tidak dihiraukan. Sebaliknya, ayah tiri menampar pipi mangsa.

Ditendang di bahagian rusuk

Suspek bertindak diluar kawalan dengan memarahi mangsa dan menendang bahagian rusuk dengan memakai kasut keselamatan. Malah, dia turut memukul menggunakan dahan kayu yang terdapat di hentian jalan.

Tiada suara dari anak itu

Akibat terlalu teruk dipukul, mangsa akhirnya didapati sudah tidak bernyawa lagi dan didapati mangsa telah membuang air besar di dalam kenderaan tersebut. Meskipun sudah melakukan bantuan CPR dan merenjis air ke muka mangsa, namun tiada juga tindak balas. Mereka membuat keputusan untuk menghantar kanak-kanak itu ke hospital.

Banyak kesan lebam

Bagaimanapun, doktor di Hospital Alor Gajah mendapati terdapat kesan lebam baharu dan lama di anggota badan mangsa. Pihak hospital segera menghubungi pihak polis bagi menyiasat punca ke atas kematian kanak-kanak lelaki itu.

Didakwa membunuh mangsa

Suspek ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh dengan niat untuk mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Mengalami kecelaruan personaliti

Suspek yang juga merupakan ayah tiri mangsa telah disahkan mengalami kecelaruan personaliti (Anti Social Personality Disorder). Penyakit ini membolehkan seseorang bertindak secara tidak rasional, panas baran tanpa hiraukan keselamatan diri sendiri.

Adakah suspek waras?

Arahkan mangsa musnahkan bukti

Walaubagaimanapun, pihak mahkamah memutuskan bahawa suspek menyedari perbuatannya terhadap mangsa dengan menyuruh rakan suspek menghapuskan bukti kejadian.

Dianggap masih waras

Dimana, suspek telah menyuruh rakanya mengemas kereta dan membuang teraburan rotan ke tong sampah. Fakta tindakan ini menunjukkan suspek mengetahui perbuatannya itu. Suspek dianggap waras melakukan tindakan demikian terhadap mangsa sehingga kanak-kanak itu meninggal dunia.

Sumber: Sir Kamarul

 

SKIP THIS AD ×