berita

Suspek Kerat Ibu Dipercayai Ada Masalah Mental

June 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: The Star

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan bahawa suspek yang membunuh dan memotong badan ibunya kepada 15 bahagian dipercayai mengalami masalah mental.

Artikel berkaitan: Ibu Dikerat 15, Anak Buang Potongan Daging Dalam Tangki Kumbahan– ‘Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka’

Rumah dalam keadaan bersepah

Menurut Mior, anak perempuan mangsa telah membuat laporan polis beberapa hari lalu dan mengatakan bahawa ibunya telah hilang. Anak perempuan mangsa yang tinggal berasingan itu turut memberitahu dia akan menelefon ibunya hampir setiap hari. Apabila dia membuat panggilan pada 28 Mei, suspek yang berusia 42 tahun itu menjawab telefon dan memberitahu bahawa ibu mereka telah keluar dan tidak pulang ke rumah.

Selepas laporan dibuat, pihak polis ke rumah mangsa untuk membuat pemeriksaan. Rumah itu berada dalam keadaan yang bersepah kerana ibu dan anak itu mengutip barangan kitar semula. Selepas soal siasat suspek, pihak polis keluar dari rumah. Kemudian pada 4 Jun, seorang jiran menghubungi pihak polis dan mengatakan terhidu bau busuk yang datang dari rumah mangsa.

Ujar Mior, pihaknya bergegas ke rumah tersebut sekali lagi dan melakukan pemeriksaan. Hasil pemeriksaan pada masa tersebut, pihak polis menemui papan kayu menutup kawasan pembetungan di belakang rumah.

Apabila papan itu dikeluarkan, pasukan forensik menemui bahagian badan. Kami juga menjumpai beberapa senjata bunuh di lokasi.

Pukul kepala ibu dahulu

Tambah Mior lagi, suspek dipercayai memukul kepala ibunya sehingga rebah. Selepas itu, suspek memotong badan ibunya kepada 15 bahagian. Jelas Mior, kes tersebut diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suspek telahpun direman semalam.

Sumber: TheStar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×