berita

Suspek Mengaku Muat Naik Video Hina Islam & Positif Dadah Jenis Methaphetamine

July 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara sifat berani ‘mati’ memuat naik video menghina agama Islam di media sosial sehingga membangkitkan amarah orang ramai, seorang lelaki yang berusia 35 tahun telah ditahan oleh pihak polis.

Artikel berkaitan: ‘Semua Orang Islam Penakut, Berani Bila Ramai Je’ – Lagi Video Hina Agama Islam Cetus Amarah

Positif dadah

Menerusi laporan Harian Metro, polis telah menahan lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial, hari ini. Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya menerima laporan berhubung video tersebut pada pukul 9.15 pagi tadi.

Susulan daripada itu, suspek yang tidak bekerja kemudiannya ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang ketika serbuan dilakukan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang.

Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.

Tambah Zaki, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari esok.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×