berita

Suspek Pembunuh Kucing Dobi Ditahan Polis, Rupanya Orang Kurang Siuman

July 13th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki disyaki sedang membunuh 3 ekor kucing. Lelaki berkenaan didapati memasukkan 3 ekor kucing ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Kepong, Selangor.

Seorang pengguna Facebook, Cik Mawar My atau nama sebenarnya Nur Hafizah Mohd Yusof telah memuat naik perkongsian yang menyatakan bahawa si pelaku berkenaan telah ditahan pihak polis. Dia yang mengenali suspek mendakwa suspek merupakan orang kurang siuman dan sering berjalan kaki di kawasan Aman Puri ke Taman Ehsan, Kepong.

Suspek berjaya ditahan

Assalamualaikum sedia maklum pelaku yang memasukkan kucing ke dalam mesin dobi telah dapat diberkas. Terima kasih atas kerjasama Encik Azhar Rawang Sejati dan pihak yang berkuasa. Tindakan susulan akan diambil oleh pihak berkuasa dan di harapkan netizen tidak memberi komen negatif.

Menurutnya, hasil kerjasama bersama pihak berkuasa telah berjaya menahan suspek dirumahnya. Tambahnya lagi, dia tidak mahu spekulasi dari orang ramai berterusan berhubung kes ini dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas.

Suspek orang kurang siuman

Sebaik menyedari kejadian itu tular, saya yang bimbang lelaki kurang siuman terbabit kemungkinan dicederakan terus keluar mencarinya di sekitar kawasan perumahan selepas Maghrib malam tadi.

Dia kebiasaannya akan merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan Kepong dan selalunya tidur di parkir di kawasan perumahan ini.

Saya nekad mencarinya malam tadi kerana bimbang jika orang lain yang menemuinya kemungkinan dia akan dipukul dan mujur menemuinya kira-kira 9 malam.

Memetik laporan Harian Metro, dia menyedari kejadian itu selepas gambar lelaki terbabit viral di media sosial. Dia dikatakan mengenali suspek yang merupakan orang kurang siuman dan hidup gelandangan sejak kematian ibu bapanya. Akibat bimbang akan keselamatan suspek, dia dan rakannya segera mencari suspek di kawasan sekitar dan memanggil pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Tidak agresif semasa ditahan

Ketika itu, dia langsung tidak bertindak agresif dan tidak lama kemudian polis datang sebelum empat pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar tiba kira-kira 12 tengah malam.

Saya juga ada memberitahu kepada pegawai terbabit keadaan lelaki itu dan berharap dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Tambahnya lagi, suspek dikatakan tidak bertindak agresif semasa ditemui sebelum pihak polis dan pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar tiba. Dia berharap agar pihak berkuasa dapat menghantar suspek ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan.

Sementara itu, dia turut menerima kecaman dari netizen selepas fotonya bersama suspek viral di laman sosial. Terdapat dakwaan yang menyatakan dia merupakan isteri kepada suspek.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×