Pelakon Sweet Qismina menasihati orang ramai supaya tidak mengambil jalan pintas untuk kurus seperti mana dilakukannya iaitu mengamalkan diet cecair sehingga hilang 10 kilogram berat badan.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Syukur Lakonan Sebagai Pesakit Sindrom Guillain-Barre Terima Komen Positif – ‘Saya Letak 101 Usaha Untuk Filem Babah’
Artikel Berkaitan: Mengimbau Kenangan & Kerinduan, Filem Babah Sarat Dengan Emosi..Bikin Penonton Menitis Air Mata!
Diet cecair
Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 27, berkata, dia melakukan diet tersebut demi menjayakan watak dalam filem Babah dan dipantau oleh pakar pemakanan serta produksi.
Saya mengamalkan liquid diet dan mengalami kesan sampingan. Salah satunya mudah beremosi kerana mengidam nak makan.
Saya lakukan untuk kerja tetapi suami dan produksi menjaga saya daripada sebarang keadaan tidak diingini selain pemantauan pakar pemakanan yang mengawasi kesihatan saya.
Ini bukan hal yang boleh buat sesuka hati. Tolong jangan buat sekiranya tidak merujuk doktor terlebih dahulu.
Sweet berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok.
Buat pemeriksaan
Kata isteri kepada aktor Adam Lee itu lagi, dia telah mendapat nasihat pakar nutrisi bagi memastikan kondisi tubuhnya sesuai melakukan diet berkenaan.
Doktor akan periksa berat badan dan tahap kesihatan bagi memastikan badan saya sesuai melakukan liquid diet.
Bila jumpa dengan pakar pemakanan, mereka akan beritahu apa sesuai atau tidak dan bagaimana cara saya untuk diet.
Susu diberi bukanlah anda boleh dapat dan minum sesuka hati kerana digunakan untuk pesakit yang makan atau minum melalui tuib, sangat berisiko tetapi saya boleh ambil atas nasihat doktor.
Terdahulu, Sweet menafikan dakwaan dia melakukan pembedahan bariatik atau potong usus susulan tubuhnya yang semakin cengkung.
Sebaliknya, dia menurunkan berat badan dengan hanya mengamalkan diet cecair seperti disarankan pakar nutrisi.
Sumber: TikTok