
Penyanyi, Syada Amzah meluahkan rasa kecewa apabila dia tidak mempunyai ruang privasi untuk diri sendiri.
Artikel Berkaitan: Syada Amzah Dakwa Lokasi TTMM Seram, Kongsi Pengalaman Sendiri – ‘Benda Itu Ada Atas Kepala & Merenung Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Penat & Tertekan, Rasa Macam Hilang Kawalan’ – Syada Amzah
24 tahun kongsi bilik
Menerusi hantaran di Threads, Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah, 27, mendedahkan bahawa dia tidak pernah mempunyai bilik sendiri sepanjang 24 tahun sehingga menyebabkan dirinya sering berasa tertekan.
Hari ini tidur berjaga, tidur berjaga.
Saya penat, nak tidur semula dah la susah. Bila bangun rasa kecewa dengan hidup. Stres.
Saya rasa saya perlukan bilik sendiri, ruangan yang selamat untuk saya.
Sepanjang hidup, 24 tahun berkongsi bilik.
Menurut Syada, perkara tersebut menjadi antara faktor untuk dia tidak memikirkan lagi soal perkahwinan.
Itu adalah salah satu sebab kenapa saya berubah fikiran dari nak kahwin cepat kepada nanti-nanti sahajalah.
Sebab saya tak boleh ada orang di ruang saya, sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun.
Tambah pelantun lagu Hasrat itu, dia tidak memerlukan ruang yang besar malah hanya mahu beberapa jam sehari untuk bersendirian.
Saya tak kisah pun saiz tempat tu, saya cuma tak boleh ada manusia lain dalam bilik yang sama.
Dapat tiga jam dalam sehari pun cukup.
Nasihat netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat Syada perlu mencari kediamannya sendiri meskipun hanya ruangan kecil.
Dalam masa yang sama, mereka juga bercadang agar Syada merehatkan diri dan mindanya dengan membuat tempahan di bilik hotel untuk beberapa hari.
Sumber: Threads