Syafeek Ikhwan

Penyanyi Syafeek Ikhwan mendakwa telah menjadi mangsa penipuan seorang individu yang mengaku dirinya juga penyanyi sehingga mengakibatkan kerugian sejumlah wang.

Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Bawa Diri Ke Luar Negara, Mahu Cari Ketenangan & Merawat Hati Yang Terluka

Artikel Berkaitan: ‘Hampir Dua Tahun Saya Berharap Dia Kembali’ – Syafeek Ikhwan Luah Kekecewaan Menerusi Lagu ‘Penunggu’

Ditipu buat ‘showcase’

Syafeek Ikhwan

Syafeek mendakwa, dia menyedari telah ditipu apabila individu terbabit sering memberi alasan mengenai sebuah ‘showcase’ membabitkan dirinya selain tidak mahu memberi poster acara.

Malah, dia mendakwa terdapat beberapa penyanyi lain yang menjadi mangsa penipuan.

Dia kenalkan diri sebagai penyanyi dan ajak kami semua untuk buat showcase. Dia hubungi saya secara peribadi dan menyatakan hasrat tersebut.

Saya rasa peluang seperti itu okay sahaja sebab satu pendedahan yang baik untuk kami. Saya tak terfikir langsung akan kena tipu macam ini.

Mula rasa lain sejak permulaan lagi. Nak bagi poster untuk promosi pun berkali-kali minta, macam-macam alasan diberikan.

Lepas itu dia ambil keputusan untuk tunda. Saya dan penyanyi lain minta dia pulangkan wang sementara menunggu tarikh baharu. Sejak dari itu juga, dia memberi pelbagai alasan.

Rugi beratus ringgit

Syafeek Ikhwan

Disoal mengenai kerugian wang ditanggung, pelantun lagu ‘Penunggu’ ini memberitahu, dia hanya memberi ratusan ringgit sahaja.

Beberapa ratus seorang. Tapi kalau dijumlahkan dengan kawan-kawan yang lain, jadi beribu juga la.

Kami tak marah sebab wang. Kami marah sebab dia tak jujur. Kasihan pada kawan-kawan yang memang bergantung kerja sebagai penyanyi. Tambah nak dekat raya, kasihan mereka.

Dia guna duit untuk tujuan peribadi, minta kembalikan wang konon diisytiharkan muflis. Rupanya dia memang kaki kelentong.

Tambah Syafeek lagi, tujuan dia mendedahkan perkara tersebut sebagai pengajaran kepada penyanyi lain supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.

Saya berharap dengan pendedahan ini, mana-mana penyanyi tidak akan terkena perkara yang sama seperti yang kami lalui sekarang.