berita

Syafeek & Zazo Juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga

December 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’, Lagu Cinta Kita Musim Ketiga (LCK 3) melabuhkan tirainya semalam.

Kami daripada OhBulan! ingin mengucapkan tahniah kepada Syafeek (Shafeek Ikhwan) dan Zazo (Zaleha Zolkepli) kerana telah merangkul gelaran juara LCK 3.

Bagai cahaya

Bersiaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie Shah Alam dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam menerusi TV3 serta strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official, Syafeek dan Zazo telah membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM 50,000 dan barangan hamper tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea. Pasangan sama cantik dan sama padan ini telah menyanyikan lagu ‘Akhirnya Kini Pasti’ di pusingan pertama dan single terbaru mereka iaitu ‘Bagai Cahaya’ di pusingan kedua.

Zazo yang tidak dapat menahan sebak semasa keputusan diumumkan memberitahu bahawa dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong perjalanannya bersama Syafeek sepanjang program Lagu Cinta Kita musim ketiga ini. Meskipun pentas awal mereka tidak bercantum, Zazo dan Syafeek bersyukur kerana mereka berjaya sampai ke tahap ini.

Dalam episod akhir juga, penonton dapat menyaksikan pasangan Hariz dan Wanie dinobatkan sebagai naib juara. Pasangan ini membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 dan barangan hamper tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea. Mereka juga memenangi Flavettes Glamz Couple Award dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Pasya dan Puteri. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000 dan barangan hamper tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea. Achik dan Maria pula meraih tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 serta barangan hamper tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea.

Pentas akhir Lagu Cinta Kita Musim Ketiga dihoskan oleh Ain Edruce dan Sean Lee, manakala Hael Husaini hadir sebagai juri jemputan di samping juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. Selain itu, Aina Abdul dan Hael Husaini turut mempersembahkan lagu istimewa berjudul ‘Manusia Kuat’ oleh Tulus. 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×