Kakak kepada pelakon Syida Melvin iaitu Syafiq Melvin tampil berkongsi tangkap layar (screenshot) yang mendakwa bekas adik ipar menghina ibunya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiqa Melvin Menunggu Hari Bersalin, Anak Sulung ‘Kantoikan’ Nama Adik – ‘Bermula Dengan Huruf A’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiqa Melvins Hamil Anak Ketiga, Netizen Persoal Tentang Umur – ‘Ingat Aku Tua Sangat Ke?’

Hina ibu bapa

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Syafiqa menegaskan mereka sekeluarga selama ini memilih untuk berdiam diri dan tidak campur tangan urusan rumah tangga adiknya, Syida.

Bagaimanapun, Syafiqa menyifatkan tindakan yang didakwa melibatkan ibu bapa mereka sebagai keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Selama ini apa yang kau buat, kami diam. Sebab itu hal rumah tangga kau dengan adik kami.

Tapi kalau sampai sentuh mak ayah kami, itu dah melampau.

Bukan sekali ini tau, sejak mereka dalam fasa bercerai, dia dah melebih.

Mengulas lanjut, Syafiqa mendakwa bekas adik iparnya itu menyalahkan ibu mereka atas keretakan rumah tangga bersama Syida selain membandingkan kedudukan kewangan kedua-dua keluarga.

Dia tuduh mak kami yang buatkan mereka bercerai.

Dia kata dia kaya, keluarga Syida hanya orang kampung dan miskin.

Dan dia dah berani kutuk dan keji mak kami sendiri. Masa call dengan anak Syida, dia tanya ‘hitam mana?’ iaitu mak kami.

Inilah yang anda semua nampak baik di media sosial. Pijak semut pun tak mati.

Sumber: Threads