
Ahli kumpulan popular di YouTube Alieff Irfan Team (AI Team), Muhammad Syahmi tampil membuat permohonan maaf selepas didakwa mengeluarkan kiasan lawak berkaitan Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan kemarahan netizen.
Artikel Berkaitan: Datuk Red ‘Melobi’ Nak Sertai AI Team – ‘Abang Nak Cari Duit, Kerja Tak Banyak Sangat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Geram Dengan Wanita ‘Miang’, Hantaran Suami Dipenuhi Dengan Isteri Orang – ‘Tiada Maruah’
Minta maaf

Menerusi perkongsian di Instagram, Syahmi mengakui bahawa kata-katanya itu merupakan satu kekhilafan yang sangat besar sepanjang penglibatannya dalam dunia content creator.
Assalamualaikum semua, saya Muhammad Syahmie ingin memohon ampun dan maaf kepada mana-mana pihak yang terasa ataupun sakit hati dengan ayat yang baru keluar daripada mulut saya baru-baru ini.
Saya tak cakap benda itu betul. Yes, memang saya akui itu adalah kesalahan terbesar sepanjang saya berada dalam AI Team.
Menjelaskan lebih lanjut, Syahmi menegaskan dia sama sekali tidak berniat untuk menghina agama sendiri.
Sebaliknya, apa yang diucapkan itu hanyalah bersifat kiasan bagi mengingatkan umat Islam agar tidak leka.
Tujuan saya berkata sebegitu cuma nak menyampaikan secara kiasan saja agar kita umat Islam saling mengingati tentang agama Islam kita.
Saya masih lagi waras untuk tidak menghina atau mempersendakan agama saya sendiri.
Bagaimanapun, Syahmi berkata dia sedar bahawa setiap individu mempunyai penerimaan yang berbeza terhadap kiasannya.
Syahmi kemudiannya sekali lagi memohon maaf jika kiasan tersebut disalah anggap sehingga menyentuh sensitiviti agama.
Syahmi menyifatkan perkara yang berlaku sebagai satu pengajaran besar buat dirinya.
Mungkin kiasan dari kata-kata saya tu sesetengah pihak akan faham tapi mungkin sesetengah pihak lagi akan salah anggap cumanya di sini bagi saya salah tetap salah dan saya betul-betul minta maaf atas khilaf saya sebelum ini.
Sekali lagi saya memohon ampun kepada setiap umat Islam kalau ayat saya semalam itu membuatkan ramai orang terasa mahupun rasa dihina agama sendiri.
Insyaa-Allah saya akan belajar dari kesilapan selepas ini.
Terdahulu, Syahmi menjadi bualan hangat di media sosial susulan tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan yang mendakwa menjelang tahun 2026 kemungkinan tiada lagi umat Islam yang akan mengingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sumber: Instagram








