berita

Syak Bawa Pulang Lelaki Lain, Pelawak Terkenal Didakwa Ceroboh Rumah Bekas Teman Wanita

September 19th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Seorang wanita berusia 28 tahun tampil membuat laporan polis dengan mendakwa rumahnya telah diceroboh oleh bekas teman lelakinya yang juga merupakan seorang pelawak terkenal.

Syak bawa pulang lelaki lain ke rumah

Foto: Kosmo

Memetik laporan Kosmo, kejadian cemas itu dipercayai berlaku sekitar jam 7:30 malam di kediaman wanita terbabit yang terletak di daerah Petaling Jaya. Ketika kejadian, dia berada seorang diri di dalam rumah sementara pembantu rumahnya berada di luar.

Pelawak terkenal tersebut didakwa masuk ke rumah wanita itu yang tidak berkunci selepas pembantu rumahnya keluar lalu menyelongkar barang-barang rumah seperti mencari sesuatu.

Difahamkan, pelawak tersebut didakwa bertindak sedemikian kerana mengesyaki bahawa bekas teman wanitanya itu telah membawa pulang lelaki lain ke rumah. Wanita terbabit yang berasa kurang selesa dengan tindakan itu telah bertindak menghalau pelawak berkenaan sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka.. Namun tidak lama selepas itu, pelawak tersebut beredar dari tempat kejadian selepas perbuatan mereka ditegur oleh jiran tetangga.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan ada menerima laporan daripada wanita terbabit dan kedua-dua individu itu memaklumkan tidak mahu memanjangkan isu ini dan memilih untuk berdamai.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×