berita

Syak Isteri Ajak ‘Skandal’ Beraya Di Rumah, Lelaki Ikat & Ugut Bunuh Isteri

April 15th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Akibat cemburu, seorang lelaki didakwa mengikat dan mencederakan isterinya selain mengugut mahu membakar dan membunuh mangsa.

Syak isteri curang

Memetik laporan Sinar Harian, insiden kejam yang berlaku di Kampung Baru Alai, Perak itu berpunca selepas suspek mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Difahamkan, suspek, 42, meletakkan pisau pada leher ketika mangsa sedang nyenyak tidur di bilik sebelum bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa menggunakan tali.

Tindakan suspek itu dilakukan selepas mengesyaki isterinya membawa masuk lelaki asing ke rumah untuk beraya ketika ketiadaannya.

Ugut nak bakar mangsa dan rumah

Suspek enggan melepaskan mangsa walaupun wanita itu menafikan malah suspek turut mengugut mahu membakar mangsa dan rumah sekiranya tidak mengaku.

Mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri selepas memberi alasan mahu ke bilik air. Mangsa kemudian membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Susulan daripada tindakan tersebut, mangsa, 36, yang merupakan seorang guru mengalami lebam di pergelangan tangan dan kaki kesan diikat dengan tali dan luka di dada akibat cecair lilin.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×