berita

Syak Isteri Berlaku Curang, Lelaki Jahit Kemaluan Isteri Guna Benang Aluminium

September 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki yang berasal dari India kini menjadi buruan pihak berkuasa selepas dia bertindak kejam dengan menjahit kemaluan isterinya kerana menyangka wanita itu berlaku curang terhadapnya.

Jahit kemaluan isteri

Sekadar gambar hiasan (Foto: Turbosquid)

Memetik laporan Daily Star, suspek yang berusia 22 tahun itu dipercayai telah mengikat tangan isterinya sebelum menjahit kemaluan mangsa menggunakan benang aluminium. Meskipun mangsa sudah merayu kepada suspek untuk menghentikan kekejaman tersebut namun suspek langsung tidak menghiraukannya dan terus memukul mangsa sebelum melarikan diri.

Menurut jurucakap polis Singrauli iaitu Anil Sonkar, ahli keluarga mangsa yang mengetahui perkara itu telah membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hasil daripada pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan mangsa cedera akibat dijahit menggunakan benang aluminium.

Pihak hospital kemudian melaporkan perkara tersebut kepada polis dan suspek kini menjadi buruan pihak berkuasa. Walaupun dirinya telah menjadi mangsa kekejaman si suami, namun wanita terbabit merayu agar pihak polis tidak menahan suaminya. Meskipun begitu, pihak polis menegaskan suspek tetap akan ditahan kerana melakukan penderaan domestik.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×