berita

Syak Isteri Curang, Lelaki Bunuh & Kerat Adik Ipar..Mayat Disimpan Dalam Beg Plastik Di Dapur

September 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di India ditahan polis selepas disyaki membunuh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun. Kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila suspek mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.

Syak isteri ada hubungan sulit

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, mangsa merupakan anak angkat keluarga mentua suspek dan dalam erti kata yang lain, si isteri dan mangsa adalah adik beradik angkat. Disebabkan rasa syak wasangka, suspek yang dikenali sebagai Shafiq Sheikh, 33, nekad mengakhiri hayat remaja berkenaan.

Suspek bertindak mengerat tubuh badan mangsa kepada empat bahagian dan berniat untuk menghapuskan mayat tersebut. Bapa mentua suspek yang menyedari kehilangan anak angkatnya itu telah tampil membuat laporan polis.

Disebabkan mangsa masih di bawah umur, laporan kehilangan mangsa telah didaftarkan.

Simpan mayat dalam beg plastik

Berdasarkan laporan tersebut, bapa mangsa mendakwa anak lelakinya itu ada datang ke rumah suspek pada pagi Isnin. Susulan daripada itu, suspek telah dipanggil untuk disoal siasat tetapi jawapan yang diberikan suspek mencurigakan.

Oleh itu, pihak polis nekad untuk membuat siasatan lanjut termasuk memeriksa kediaman suspek. Siapa sangka, polis menemui keratan badan mangsa di dalam beg plastik yang diletakkan di bahagian dapur.

Suspek akhirnya ditahan dan suspek juga mempunyai rekod jenayah bunuh sebelum ini. Menurut sumber, isteri suspek kerap berkunjung ke rumah bapanya setiap kali si suami keluar bekerja.

Sumber: Hindustan TimesOP India

SKIP THIS AD ×