berita

Syak Suami Curang, Isteri Naik Hantu Selamba Tikam & Gigit Kemaluan Suami

February 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa menikam dan cuba menggigit kemaluan suaminya sehingga menyebabkan mangsa cedera parah.

Isteri gigit, tikam zakar suami

Memetik laporan Daily Star, suspek iaitu Grace Oyara nekad bertindak sedemikian selepas mengesyaki suaminya, Elliud Kepha Onuka berlaku curang dengan wanita lain. Serangan tersebut berlaku di rumah pasangan ini yang terletak di Kisii, Kenya pada malam tahun baharu.

Suspek bertindak agresif dengan menikam dan menggigit zakar suaminya sehingga menyebabkan kecederaan parah. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Suspek yang hadir ke mahkamah bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM1,700. Namun peguam yang mewakili mangsa menganggap suspek tidak sepatutnya dibebaskan kerana bimbang akan menyerang suaminya lagi.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×