berita

Syamsul Yusof Mengaku Terpaksa Langgar ‘Peraturan’ Hasilkan Mat Kilau – ‘Seni Itu Indah’

July 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, meluahkan rasa gembira apabila filem ‘Mat Kilau’ telah meraih kutipan RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan! Menurut Syamsul, dia berjaya mencipta sejarah sekali lagi apabila filem tersebut menjadi ‘box office’ Malaysia tertinggi tempatan dan antarabangsa selepas Munafik 2 dan Avengers: Endgame!

Seni itu indah

Ujar Syamsul, filem ‘Mat Kilau’ tidak sempurna kalau diikutkan undang-undang dan peraturan dalam bidang perfileman namun dia terpaksa mengenepikan peraturan tersebut demi menghasilkan filem yang mampu menggembirakan semua penonton di Malaysia.

Filem abang tak sempurna kalau ikut “laws & rules of film making”. I break all the rules just to please all of you Malaysian Audience.

Di hantaran sama, anak kepada Datuk Yusof Haslam ini turut bertanya mengenai siapakah yang mencipta undang-undang dalam filem.

Maaf bertanya, siapa ya? Saya tak setuju. Seni itu indah dan amat subjektif pada semua. Abang tak pandai.

Sebagai seorang pengarah dan penerbit filem, Syamsul memberitahu dia banyak mengikut gerak hati berbanding buku. Katanya lagi, dia percaya Allahyarham P Ramlee juga melakukan perkara yang sama. Jadi, Syamsul belajar apa yang mampu dari beliau. Di ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah buat Syamsul. Netizen turut meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem seterusnya arahan Syamsul.

Sumber: Syamsul Yusof

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×