Di media sosial, viral sebuah kisah mengenai penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar. Kanak-kanak tersebut menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.
Mohon doa untuk adik ni
View this post on Instagram
Berikutan daripada kisah tersebut, pengarah, Syamsul Yusof meluahkan rasa simpati dan kasihan melihat keadaan Bilal. Ujar Syamsul, dia berharap semua orang dapat mendoakan kesejahteraan buat Bilal. Tambahnya lagi, mereka yang berkemampuan boleh menghulurkan sumbangan kepada keluarga Bilal bagi meringankan beban.
Assalamualaikum guys, apa khabar. Baru sahaja abang tertengok satu artikel berkenaan seorang adik ni. Mohon semua doa adik ni dan kesejahteraan dia. Mohon boleh sembuh cepat. Bagi yang mampu boleh bersedekah juga. Tapi bukan sedekah sahaja, kita berdoa juga okay.
Selain menghidap kecacatan tempurung, Bilal juga mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir. Menurut bapa Bilal, Mohammad Azhar Arzemi, penyakit anaknya yang berusia dua tahun itu sudah berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dan mencapai berat 28 kilogram. Oleh itu, anak kesayangan mereka itu memerlukan penjagaan yang rapi.
Sumber: Syamsul Yusof