berita

Syatilla Melvin Disahkan ‘Slip Disc’ – ‘3 Hari Tak Boleh Gerakkan Leher, Ingatkan Sakit Urat Biasa’

January 9th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Syatilla Melvin

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin memaklumkan dirinya disahkan menghidap penyakit ‘slip disc’.

Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin & Adik Beradik Profesional Cari Rezeki – ‘Buat Apa Nak Gaduh?’

Hidap Slip Disc

Syatilla Melvin

Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla berkata dia pada mulanya berasa sakit di bahagian leher sehingga menyukarkannya untuk menoleh kepala.

Benda dah nak jadi kan. Tiga hari tak boleh gerakkan leher dan tak boleh nak pusing.

Ingatkan sakit urat biasa, sebab menyusu anak memang akan sakit dekat bahagian belakang badan.

Rupa-rupanya dapat ‘hadiah’ kena slip disc di tahun 2024. Semoga runtuh dosa-dosa aku amin.

Sementara itu, Syatilla turut meminta orang ramai untuk mendoakannya.

Dalam hantaran sama, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut berkongsi sepotong video memperlihatkan dia sedang melakukan ujian radioterapi.

Ruangan komen dihujani dengan kata-kata semangat yang dikirimkan oleh rakan industri dan peminat.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×