Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin tidak pernah menyekat kebebasan anak-anaknya untuk melakukan apa sahaja aktiviti yang dapat membantu perkembangan positif mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Letak Televisyen Di Tempat Yang Tinggi, Syatilla Melvin Mengaku Fobia Sebab Anak Pernah Ketuk Guna…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Detik Cemas, Anak Saudara ‘Hilang’ Di Pusat Beli-Belah – ‘Masa Buat Konten Pun Tak Perasan Dia Tak Ada’

Fasa kanak-kanak

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 34, berkata dia mahu anak-anak melalui pengalaman zaman kanak-kanak yang menyeronokkan, sama seperti yang pernah dirasainya dahulu.

Saya dan suami besarkan anak-anak seperti mana ibu kami besarkan kami dahulu. Saya beri anak-anak kebebasan untuk melalui fasa-fasa membesar dengan cara yang seronok. Saya tidak mahu sekat apa mereka ingin lakukan.

Contoh, kalau cuaca hujan, mereka minta izin nak mandi hujan, saya benarkan. Kecuali kalau ada guruh atau kilat saya tidak benarkan.

Kalau mereka mahu main lumpur atau tanah, saya bagi sahaja. Kerana saya juga melalui fasa-fasa itu dahulu, siap masuk parit, tangkap ikan punyu.

Semua momen-momen sewaktu saya kecil saya ingat sehingga sekarang, jadi saya mahu juga anak-anak melalui proses tersebut

Syatilla berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok Pa&Ma.

Bercerita tentang soal pemakanan, Syatilla mengakui dia tidak terlalu ketat dalam mengawal apa yang anak-anak mahu makan, tetapi tetap memastikan tidak diambil secara berlebihan.

Mungkin sesetengah ibu-ibu zaman sekarang sangat mengehadkan aktiviti anak-anak mereka, ada yang tidak bagi makan sembarangan seperti gula-gula.

Namun tidak bermakna saya beri sahaja anak-anak makan apa yang mereka mahu, saya kawal juga pemakanan mereka. Zaman mak-mak kita dahulu pun bagi sahaja makan apa yang kita mahu, cuma tahu limitnya.

Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga dengan aktor Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016. Mereke dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Sumber: TikTok