berita

‘Syawal Akan Sentiasa Istimewa’ – Selamat Tinggal A Rahman Hassan

June 13th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sekali lagi industri kita kehilangan bakat dan insan paling bernilai. Datuk A. Rahman Hassan telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.40 tengah malam, tanggal 13 Jun 2019. Sebelum ini, penyanyi pop yeh yeh itu dipercayai telah jatuh pitam di salah sebuah stesen minyak di Ampang sebelum diselamatkan dan dibawa ke hospital.

Akibat jangkitan kuman

Bagaimanapun, penyanyi itu dimasukkan ke wad ICU di Hospital Ampang. Allahyarham hanya disokong oleh mesin pernafasan dan ubat-ubatan yang diperlukan untuk bertahan. Seniman veteran itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Menerusi laman Instagram anak lelakinya, pelakon Khir Rahman turut berkongsi beberapa kenangan terakhir bersama arwah bapa tersayang.

Biar nampak biasa

https://www.instagram.com/p/ByZ5OTPnOS9/

Degupan jantung tidak konsisten

https://www.instagram.com/p/ByjwIcwn1WE/

Tidak pasti selama mana

https://www.instagram.com/p/BymjQsmnz1u/

Memonto terakhir bersalam raya

https://www.instagram.com/p/Bynn_-MnfU5/

Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Orkes Nirwana yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini, selepas solat Zuhur, hari ini.

Sumber: Khir Rahman

SKIP THIS AD ×