berita

Syazani Zikry Nak Popular Sebab Bakat, Bukan Kerana Konten Murahan

November 29th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon baharu yang membintangi filem Sazali Meor Coco iaitu Syazani Zikry akui mahu dikenali dan kekal dalam industri tempatan menerusi bakat lakonannya.

‘Sudah tentu saya ada hati untuk dikenali..’

Menurut pelakon berusia 25 tahun itu lagi, meskipun untuk menempah nama dan berada di puncak kejayaan dalam industri seni tidak mudah seperti yang disangka tetapi dia berpendapat bahawa menjual konten murahan bukanlah satu pilihan terbaik.

Sudah tentunya saya ada hati untuk dikenali. Kalau tak popular, macam manalah penerbit atau pengarah nak nampak bakat lakonan saya bukan? Tetapi mestilah saya nak dikenali menerusi bakat yang dipersembahkan.

Bukan jual konten mengarut murahan, hari ini panas dan tular, selepas setahun orang dah lupa yang saya ini pelakon.

Dalam pada itu, Syazani akui bukan hanya bakat sahaja tetapi disiplin juga merupakan aspek penting yang perlu ada dalam diri seseorang pelakon bagi memastikan nama mereka kekal relevan dalam industri seni.

Menyedari saingan sebagai bakat baharu memang sengit, tetapi mesej lakonan dalam filem Sazali Meor Coco menekankan betapa pentingnya komitmen dan disiplin. Bakat sahaja tidak menjanjikan kejayaan.

Tambahan pula di era ledakan teknologi kini, semuanya dihujung jari, baik atau buruk yang tular akan memberi kesan di masa hadapan, maka itu saya berjanji pada diri sendiri untuk bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik terhadap semua tawaran yang diterima.

Sekadar info, selain Syazani, antara bintang lain turut terbabit dalam filem terbitan Aquilaemas dan arahan pelakon Zizan Nin ialah Iman Zulkarnain dan Shah Radhi.

Syazani turut terbabit dalam beberapa filem antaranya Ceroboh (Netflix), Kabus (Astro) dan Bilik Tepi (Viu). Manakala lima filem lain bakal ditayangkan, Tafakur (terbitan Stelo Entertainment, Sasqia Dahuri), Angkat (terbitan FEISK Productions, arahan Feisal Azizuddin), Seledangs & Shotguns, Send Tudes dan This Land of Mine.

SKIP THIS AD ×