berita

Syed Saddiq Hadir Bagi Sokongan, Sempat Bersemuka Dengan Yasin Sulaiman – ‘Dia Berada Dalam Keadaan Tenang’

May 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke sebutan semula kes penyanyi Yasin Sulaiman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu.

Artikel Berkaitan: ‘Ini Soal Hidup & Mati’ – Kesal Terlepas Pandang Mesej Di Facebook, Syed Saddiq Jumpa Keluarga Yasin Sulaiman

Muka nampak ceria

Ketika ditemui OhBulan!, Syed Saddiq menyatakan dia sempat bersua muka dengan penyanyi Mimpi Laila sebelum memasuki ruang mahkamah.

Berkongsi keadaan pemilik nama Muhammad Yasin Sulaiman, Syed Saddiq berkata wajahnya nampak tenang dan ceria.

Tadi sempat berjumpa dengan saudara. Dia berada dalam keadaan tenang, yakin dan boleh lihat keceriaan di mukanya saya rasa. Hatinya berada di tempat yang betul.

Saya bertanggungjawab

Dalam pada itu, Ketua Kaukus Parlimen Kaji Ketum, Cannabis memberitahu dia juga ingin memberikan sokongan moral kepada Yasin dan keluarga.

Saya hadir untuk memberikan sokongan moral kepada saudara Yasin dan keluarganya.

Sebagai penggubal undang-undang saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa undang-undang negara itu mengikut perkembangan arus semasa.

Pada 31 Mac, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu mengaku tidak bersalah selepas didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Ia merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mengedar dadah, pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.

Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.

Mahkamah menetapkan 22 Jun depan bagi sebutan semula kes.

Sumber: Instagram @syedsaddiq

SKIP THIS AD ×