berita

‘KBS Tak Akan Berkompromi!’ – Syed Saddiq ‘Sound’ Ulat Tiket, Perokok Di Stadium

December 6th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, dunia sukan bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita gembira apabila Harimau Malaya berjaya menundukkan pasukan Thailand dengan jaringan 2-2 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok. Perlawanan separuh akhir yang berlangsung selama 95 minit itu menyaksikan kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang mengagumkan.

Artikel berkaitan:  Harimau Malaya Mengaum Kuat Jinakkan Gajah Putih. Malaysia Ke Final Piala AFF Suzuki 2018

Disebabkan itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya, termasuklah Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq. Menerusi Instagramnya, beliau mengucapkan tahniah serta memberi amaran kepada mereka yang menjadi ulat tiket, perokok di stadium dan pelaku yang membuang sampah merata-rata.

Alhamdulillah

View this post on Instagram

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Alhamdulillah dan tahniah kepada Harimau Malaya yang bakal mengaum di final Piala AFF Suzuki 2018! Sama-sama kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan semangat Negaraku!

Ingat! KBS tidak akan sesekali berkompromi dengan pesalah ulat tiket, perokok di stadium dan mereka yang membuang sampah merata-rata!

KBS juga akan berusaha mendapatkan penerbangan khas bagi perlawanan di tempat lawan (away game) pada kadar yang berpatutan dengan kerjasama syarikat penerbangan.

Selari dengan agenda KBS

Sementara menanti pengumuman penjualan tiket Final, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjual suite korporat VVIP kepada syarikat korporat dan individu yang berminat.

Ini selari dengan agenda KBS yang mahukan agensi di bawahnya menjana pendapatan sendiri dan kurang kebergantungan kepada wang rakyat.

Ayuh kita gegar rumah kita dengan semangat Harimau Malaya! . #Negaraku

Sumber: Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×