
Pelakon dan usahawan, Syida Melvin mendakwa bekas suami iaitu Syafiq Azim tergamak menghina ibu bapanya di hadapan anak-anak.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Duduk Seorang Di Rumah Tu Sepanjang Proses Cerai, Tapi Tunggakan 3 Bulan Aku Yang Kena Bayar RM20,000’ – Syida Melvin
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Ada Rezeki Anak-Anak Merasa Duduk Di Rumah Sendiri’ – Syida Melvin
Dah melebih!
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Syida mendakwa anak-anak menceritakan kejadian itu kepadanya selepas meluangkan masa bersama bapa mereka pada malam berkenaan.
Dakwa Syida, bekas suami tergamak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu bapanya selain menggelar mereka jahat.
Kau dah melebih-lebih.
Dia hina mak ayah aku dekat anak-anak. Dia tanya Jedda dan Pia, ‘Tokwan apa cerita, dah mati ke belum?’ ‘Maktok jahat dan bodoh.’
Budak-budak tak menipu. Mereka dah besar, umur 6 tahun dan pandai.
Dalam pada itu, Syida memaklumkan dia memilih untuk berdiam diri terhadap pelbagai perkara yang dilakukan bekas suaminya terhadap dirinya.
Bagaimanapun, Syida menegaskan dia tidak dapat menerima apabila ibu bapanya turut didakwa menjadi sasaran penghinaan bekas suami.
Anak-anak lepas keluar dengan dia malam itu, mereka cerita semua benda dekat aku.
Kau buat macam-macam, aku diam. Sekali kau hina lagi mak ayah aku kali ini kau memang iblis.
Terdahulu, rumah tangga Syida dan Syafiq akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Rabu.
Pada Disember tahun lalu, Syida memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Syafiq, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Aliff Syukri Akui Ada Kekurangan Dalam Bacaan Al-Quran – ‘Saya Struggle Nak Menghafal’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/aliff-syukri.jpg)
