
Pelakon dan usahawan, Syida Melvin, mendedahkan masalah hutang syarikat yang diusahakan bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen masih belum menemui jalan penyelesaian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Menangis Sebab Sedih, Tapi Terharu’ – Syida Melvin Hargai Sokongan Keluarga, Sentiasa Jadi ‘Tulang Belakang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dah Lima Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Saya & Anak-Anak Terpaksa Pulang Ke Kampung’ – Syida Melvin
Syida Melvin dah bagi peluang

Selepas pelbagai usaha dilakukan namun masih gagal mencapai kata sepakat, pemilik nama Nur Syida Abdul Melvin, 30, memaklumkan dia kini menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada peguam sivil.
Sebenarnya isu itu belum diselesaikan cuma saya menyerahkan kepada peguam sivil untuk berbincang dengan dia (suami).
Saya sudah bagi peluang untuk selesaikan perkara ini dengan baik tetapi dia enggan melunaskan hutang-hutang syarikat atas nama saya kerana kami ada syarikat bersama.
Sampai sekarang saya masih tak dapat hak saya dan sehingga kini isu berkaitan masalah dan hutang syarikat masih tergantung.
Dalam pada itu, Syida berharap segala urusan berkaitan syarikat yang diusahakan bersama dapat diselesaikan dengan baik selepas ini.
Saya rasa cukup sampai sini saja. Kemelut rumah tangga kami mungkin selesai (bercerai) selepas ini, sudah tiada apa-apa ikatan.
Syarikat bersama itu juga saya harap sampai di sini saja, disebabkan itu masalah-masalah sebelum ini masih belum dapat diselesaikan.
Saya kini dalam usaha untuk menyelesaikan semua masalah ini (perniagaan) melalui peguam kerana perbincangan yang dibuat dari Mei sampai Ogos masih tiada sebarang tindakan.
Sebelum ini, Syida pernah berkongsi tentang isu hutang tertunggak melibatkan sebuah syarikat di bawah namanya.
Syida mendakwa segala usaha untuk meminta suaminya melunaskan hutang tersebut gagal apabila masih tertunggak sehingga kini.
Pada Khamis, peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah memaklumkan prosiding lafaz cerai ditangguhkan pada 12 Ogos berikutan plaintif dalam keadaan tidak suci.
Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.








