Sebelum ini tular khabar angin yang mendakwa pempengaruh media sosial, Syifa Melvin sudah berbadan dua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Syifa Melvin & Safawi Rashid Bakal Timang Anak?
Artikel Berkaitan: Korban Bulan Madu, Safawi Rashid Fokus Bersama Harimau Malaya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ini Isteri Yang Sah, Dah Tak Boleh Nak Kecam’ – Safawi Rasid
Syifa hamil?
Terbaharu, menerusi sesi soal jawab (Q & A) yang dilakukan di Instagram Stories, Syifa turut menerima pertanyaan mengenai kehamilannya daripada netizen.
Syifa pregnant ke? Sebab nampak Syifa berseri-seri.
Tidak mengiyakan atau menafikan soalan tersebut, sebaliknya adik kepada pelakon Syatila Melvin itu hanya memohon doa sahaja.
Hanya doa ku pinta
Kuat makan asam
Sementara itu, menerusi satu lagi soalan yang diterima oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Safawi Rashid itu, netizen bertanya mengenai kekerapannya yang sejak akhir-akhir ini dilihat sering makan makanan yang masam.
Kenapa lately ini Syifa suka makan yang masam-masam? Haha saja nak tanya-tanya.
Jawab Syifa, dia sememangnya sudah mengemari makan makanan yang masam sejak dari kecil lagi. Malah disebabkan itu doktor memaklumkan giginya menjadi semakin nipis.
Suka makan ini (masam-masam) dari kecil besar sampai tua bangka. Gigi sampai nipis tau dentist kami habaq (beritahu).
Terdahulu, netizen mendakwa kelihatan ‘baby bump’ pada Syifa selepas tular sepotong video di laman TikTok ketika dia sedang bermain ‘money machine’ di sebuah festival jualan sehinga mengundang perhatian ramai.
Untuk rekod, Syifa dan Safawi sah menjadi suami isteri pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sekitar ibu kota.