Dua orang pelajar lelaki dan perempuan terpaksa menanggung malu apabila perbuatan mereka melakukan hubungan intim di dalam kelas rupa-rupanya disaksikan oleh para pelajar yang lain.
Kantoi buat projek dalam kelas
Menerusi laporan The Thaiger, pasangan pelajar berkenaan tidak menyedari perbuatan tidak senonoh mereka itu sebenarnya dirakam kamera televisyen tertutup (CCTV) dimana ia kemudiannya ditonton oleh pelajar lain pada masa sebenar.
Difahamkan, kedua-dua individu terbabit merupaka pelajar Kolej Vokasional Yong, di Bandar Yantai, Wilayah Shandong, China.
Menerusi rakaman CCTV memaparkan pelajar lelaki berkenaan menanggalkan pakaian manakala si gadis yang berada dalam keadaan berbogel sedang terbaring di atas meja. Ketika sedang leka berasmara, pelajar lelaki terbabit baru menyedari kewujudan CCTV di dalam kelas itu dan dia segera berbisik memaklumkan kepada teman wanitanya itu.
Gadis berkenaan kemudian bersembunyi di bawah meja sementara teman lelakinya itu memakai semula seluarnya dan menuju ke arah kamera untuk menukar sudut. Namun, semuanya sudah terlambat. Adegan panas mereka itu sempat disaksikan oleh para pelajar lain.
Sumber: The Thaiger