berita

Syoknya Boleh Menang Tol Percuma Selama Setahun Hanya Dengan Menonton Shopee Live!

December 1st, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Berita baik untuk korang yang suka Shopping online! Shopee kini menawarkan peluang untuk memenangi akses tol percuma selama setahun menerusi kerjasama mereka bersama Touch ‘n Go.

Bukan itu sahaja, ada macam-macam lagi hadiah menarik menanti korang tau. Cara nak menang pun mudah sangat, korang ikut je langkah di bawah!

Tonton Shopee Live untuk menang 1 tahun tol percuma, lebih dari 3 juta Syiling Shopee & banyak lagi!

Apa yang korang perlu lakukan hanyalah tonton Shopee Live yang dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi setiap hari bermula 1 sampai 15 Disember ini sempena kempen Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi.

Haa.. Apa lagi korang tunggu, inilah masanya untuk korang shopping sakan dan rebut peluang untuk menang pelbagai hadiah lumayan termasuk satu tahun akses tol percuma dan lebih dari 3 juta syiling Shopee!

Pemenang dipilih melalui permainan 12.12 Roda Shopee

Macam mana nak menang? Mudah je, korang hanya perlu tebus kod unik melalui microsite Shopee setiap hari di SINI.

Kemudian korang perlu buat pembelian melalui Shopee Live, beli banyak-banyak tau! Sebab lagi banyak korang beli maka lebih tinggilah peluang untuk korang menang hadiah-hadiah lumayan!

Pembeli bertuah akan dihubungi semasa sesi siaran langsung untuk menyertai permainan 12.12 Roda Shopee.

Sekiranya korang merupakan pembeli bertuah yang dihubungi mereka, korang kemudiannya perlu menjawab satu soalan mudah sebelum diberi kesempatan untuk putar Roda Shopee.

Korang bebas untuk memilih arah dan kekuataan untuk putar roda tersebut. Dah ada peluang tu, putar lah kuat-kuat terus guys. Mana tahu rezeki korang dapat hadiah best yang ditawarkan!

Seramai tiga pemenang akan dipilih setiap hari dan istimewa pada 12 Disember nanti Shopee bakal naikkan jumlah pemenang kepada lapan orang!

Rugilah kalau korang tak all out shopping sebab bukan selalu tau dapat shopping dengan diskaun hebat, siap ada hadiah mewah menanti pulak tu!

Ada juga baucar eksklusif menanti korang!

Shopee Live juga menawarkan pelbagai baucar eksklusif terhad untuk ditebus setiap hari dengan 12.12 Roda Shopee!.

Tak cukup dengan baucar? Jangan risau, akan ada sesi tawaran hebat selama 30 minit ketika program berlangsung. Korang boleh nikmati pelbagai diskaun hebat untuk produk kecantikan, fesyen dan macam-macam lagi!

Paling best, sesi Shopee Live nanti akan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan seperti Zoey Rahman, Khai Bahar, Adam Lee, Izzue Islam, Dato’ Seri Vida, Diana Danielle dan banyak lagi!

Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi dah bermula!

Nikmati 12PM Tawaran Super Seringgit, Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum, dan peluang Menangi 1 Tahun Tol Percuma setiap hari hingga 15 Disember!

 

Korang yang belum ada aplikasi Shopee, jangan buang masa jom cepat-cepat muat turun Shopee menerusi App Store dan Playstore.

Selamat bershopping dan all the best guys!

*Tertakluk kepada terma dan syarat

SKIP THIS AD ×