Sekarang ni nak beli barang dekat online mesti susahkan. Kadang dah sampai tu mesti rasa tak kena dengan apa yang kita expect. Kita punya expectation tu tinggi melangit tapi sampai-sampai kecewa pulak dengan kualiti barang.
Haa… min ada berita baik buat korang semua yang takut dan trauma nak beli online tu. Especially untuk peminat barang elektrik. Korang tak perlu dah ragu-ragu nak beli online dah! Sebab sekarang Dyson dah buka dua lagi kedai demo dekat Pavillion, Kuala Lumpur dan IOI City Mall, Putrajaya Malaysia.
Dekat sini boleh bantu korang temui, teroka dan memahami dengan lebih baik cara teknologi Dyson berfungsi. Syoknya!
Kedai demo Dyson yang baru ni ada ruangan khusus untuk penjagaan rambut yang dilengkapi dua stesen styling rambut
Nak tahu tak? Kedai demo Dyson di Pavilion, Kuala Lumpur mempunyai ruangan khusus untuk penjagaan rambut dalaman, yang dilengkapi dengan dua stesen styling rambut. Wow! Menarik kan?
Pakar Dyson yang bertugas di lokasi tersebut boleh berikan nasihat dan perkhidmatan penggayaan rambut menggunakan teknologi Dyson. Tak perlu kita nak pergi saloon dah kalau macam ni!
Yang bestnya styling dalam kedai tu percuma tau khas untuk pembeli Dyson dan belajar cara menggunakannya juga.
Tawaran Eksklusif Dyson Direct
Menariknya lagi, apabila membeli terus daripada Dyson, pelanggan boleh mengakses teknologi eksklusif dan warna edisi terhad.
Di Personalisation Bar, pelanggan juga dapat ukir mereka punya sarung pengering rambut secara percuma untuk pengering rambut Dyson Supersonic, Dyson Airwrap multi-styler dan Dyson Corrale pelurus rambut.
Bukan tu je, korang juga boleh pilih beberapa warna untuk foil initial dan mereka juga ada service pembungkusan hadiah juga tau!
Portfolio teknologi utama Dyson akan dipamerkan:
Hm… still tak tahu nak beli apa.. Haa jangan risau min ada beberapa suggestion untuk korang pilih dari brand Dyson. Berbaloi tau!
- Dyson Airwrap multi-styler: Airwrap Dyson yang berprestasi bagus dan paling cekap ialah penggayaan yang boleh di stylekan dengan pelbagai gaya untuk jenis rambut yang berbeza, tanpa haba yang melampau.
- Pelurus Dyson Corrale™: Satu-satunya pelurus yang menggunakan plat lentur yang membentuk untuk mengumpulkan rambut, membolehkan penggayaan dengan kurang haba dan kerosakan.
- Dyson V12 Detect™: Generasi baharu pembersih vakum bebas kord yang menampilkan laser tepat yang mendedahkan habuk tersembunyi. Ia juga ada sensor yang mengukur dan merekodkan habuk dan serpihan yang telah disedut.
- Pembersih udara Dyson Purifier Cool™ Formaldehid: Mesin pensterilan generasi terkini dengan teknologi pengesan formaldehid pepejal baharu, direka untuk menangkap habuk dan alergen ultra halus, malah memusnahkan VOC yang berpotensi berbahaya termasuk formaldehid.
Haa… bestkan? jadi korang boleh cepat-cepat layari laman web Dyson.my untuk beli secara online dan pergi ke laman Facebook dan Instagram untuk mengetahui info lebih lanjut tentang produk mereka!