berita

‘Syukur Allah Lindungi Kita 3 Beranak’ – Wanita Kongsi Pengalaman Hampir Maut

June 1st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Malang tak berbau, tiada siapa dapat menduga kemalangan yang bakal menimpa diri. Disebabkan hal ini, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan terutamanya ketika memandu di jalan raya.

Menerusi Facebook Wan Emilia, wanita tersebut kongsi kisah kemalangan yang menimpa mereka tiga beranak dan meluahkan rasa bersyukur nyawa mereka terselamat daripada kecelakaan jalan raya semalam.

Kenangan yang tidak akan dilupakan

Jumaat terakhir buat kami sekeluarga 3 beranak. Kenagan tak kan pernah dilupakan. Mujur Allah selamatkan kami dan berikan kami berpeluang untuk bernafas di dunia ini. Mana yang dm pm whatsapp call maaf tak dan nak membalas dan menjawab. Tapi kami ucap berjuta ribuan terima kasih dekat korang yang mendoakan kami 3 beranak ni. Kami 3 beranak alhamdulillah okay. Tak ada patah apa-apa. Semua okay, cuma kulit kami habis diserik atas jalan. Buat anak ku , ibu ayah mintak maaf sebab tak pakaikan awak helmet. sebab tak ada saiz awak. ibu ayah mana tak nak buat yang terbaik untuk anak sendiri. Syukur Allah lindungi kita dan berikan kita kesakitan sama 3 beranak.

Sakit itu tuhan saja yang tahu

Walaupun tahu anak lebih kesian semua dia bahagian muka. Suami separuh badan dan saya ibunya kaki tangan dan bahagian belakang. Sakit tu tuhan saja tahu. Tapi tak boleh nak terkata kalau sakit kehilangan orang tersayang. Lagi-lagi nak raya ni. Memang sedih tapi aku bersyukur sangat Pada Allah. Mungkin lepas ni kami akan saling memahami antara satu sama lain dan hargai antara satu sama lain dan menjadi keluarga yang Allah suka. Sentiasa mendoakan baik baik semua keluarga pasangan dan semuanya. Esok insyAllah dah boleh keluar hospital. Doakan kami baik baik saja.

Kami sekeluarga maafkan kamu

Allah saja membalas jasa baik korang dan buat driver kontena tu, kami sekeluarga dah lama maafkan kamu. Mungkin memang benar tak nampak kami yang berada dibawah. Benda nak jadi dan memang dah terjadi. Kuasa Allah dan rancangan Allah memang tak semua boleh lawan dan tak semua minta benda macam ni belaku. Semoga kamu lepas ni lebih berhati-hati bawa kontena tu. Sebab kamu pun sedang mencari rezeki buat ahli keluarga kamu kan? Bukan minta menjadi pembunuh kan? benda memang tak boleh nak buat apa. Harap kamu lepas ni lebih baik. Terima kasih juga buat pak cik – pak cikorang yang bawa saya dan anak ke hospital. Semoga Allah membalas kebaikan kamu.

Sumber: Wan Emilia

SKIP THIS AD ×