
Pelakon, Rita Rudaini menyorot perhatian ramai selepas memuat naik luahan hatinya menerusi Instagram Story (IGs).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rita Rudaini & Anak-Anak Lali Dengan Soalan Netizen Tentang Aidil Zafuan – ‘Tak Terkesan & Tak Perlu Kesiankan Kami’
Artikel Berkaitan: ‘Budak-Budak Sekarang Buat Dulu Nanti Fikir’ – Rita Rudaini
‘Kifarah is real’
Menerusi hantaran dibuat, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar meluahkan rasa kesal terhadap individu yang didakwa mahu mendekati anak-anaknya.
Dalam masa yang sama, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Mami Jarum’ itu sempat menyelitkan kata-kata sindiran terhadap individu tersebut yang mungkin tidak mengenali anaknya sendiri tanpa bantuan media sosial.
Syukur pada teknologi, setidaknya wajah anak masih boleh dikenali dari jauh.
Kalau bukan sebab sosial media, silap-silap jumpa anak pun tanya, ‘Anak siapa ni?’.
Perkongsian tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #kifarahisreal.
Pun begitu, ibu kepada dua orang anak ini tidak menyatakan secara jelas kepada siapakah hantaran itu dibuat.
Posting Rita Rudaini

Sumber: IGs Rita Rudaini






![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)

