Pelawak, Ebby Yus meluahkan rasa syukur apabila rumah pemberian kerajaan yang dibina di tapak rumah asal yang musnah dihanyutkan banjir pada tahun lalu kini sudah siap sepenuhnya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat.
Artikel berkaitan: Boleh Ketawa & Tersenyum Ketika Hadir Di Meletop, Ebby Yus Terima Ketentuan Allah – ‘Lagi 10% Rumah Tu Nak Siap’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Hasil Titik Peluh 30 Tahun Jadi Artis, Rumah Impian Ebby Yus Dihanyut Air
Tunggu penyerahan kunci rumah
Alhamdulillah, rumah sudah siap. Sekarang saya tengah tunggu masa penyerahan kunci rumah. Kunci akan dapat dalam masa terdekat. Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan di atas sumbangan yang diberikan.
Menurut Ebby, meskipun rumah tersebut telah siap dibina, dia terpaksa berhadapan dengan masalah tanah rumah terhakis akibat sungai dan jambatan sungai yang terputus di hadapan kawasan rumahnya. Ujarnya lagi, masalah tersebut sudah diusulkan dan pihak berwajib sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.
Saya ada meminta bantuan dari pihak tertentu untuk selesaikan isu berkenaan kerana rumah saya sudah terlalu hampir dengan tebing sungai yang sudah runtuh, malah terdapat beberapa buah rumah penduduk lain yang turut terjejas. Saya percaya jika perkara ini berlarutan, kemungkinan harta benda penduduk di sekitar sini akan mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Pada masa yang sama, Ebby berharap proses kelulusan tambak sungai dapat dilaksanakan dalam tahun ini kerana bimbang keadaan itu akan melambatkan proses pemindahan rumah.
Terdahulu, rumah yang dibina hasil dari titik peluh Ebby Yus musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras di Kuala Langat, Selangor akibat bencana banjir. Difahamkan, rumahnya itu hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan. Akibat daripada bencana banjir itu, Ebby dipercayai mengalami kerugian sebanyak hampir RM200,000.
Sumber: Kosmo