berita

Syura Badron Sah Hamil, Bakal Bersalin Bulan Mac Depan

November 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi, Syura Badron berkongsi berita gembira di mana dia sedang hamil. Tahniah!

Mohon doa yang baik-bak

Menerusi video yang dimuat naik, Syura kelihatan melakukan kejutan buat suami tercinta, Muhd Farizat Ismail. Syura telah memberi sebuah kotak hitam kepada suaminya untuk dibuka. Ternyata dalam kotak tersebut mengandungi sehelai baju bayi yang mempunyai tulisan ‘you are going to be a daddy soon‘. Difahamkan, Syura bakal melahirkan bayi tersebut pada bulan Mac hadapan. Mengenai jantina bayi, pelantun suara ‘Nazam Berkasih’ itu masih merahsiakannya.

Soon. Mohon doakan yang baik-baik. Abie, @mr.farizat you are going to be a daddy soon InsyaAllah.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Syura dan bayinya sentiasa sihat. Mereka turut berdoa agar urusan Syura untuk bersalin nanti dipermudahkan.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga awal tahun ini selepas lima tahun mereka mengenali hati budi masing-masing.

Sumber: Syura Badron

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×