berita

‘Syurga Itu Bukan Percuma’ – Akui Lebih Tenang Berbanding Dulu, Hazeman Huzir Kongsi Amalan Doa

June 10th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan Hazeman Huzir yang sememangnya terkenal sebagai pengacara yang gila-gila. Sejak berubah, Hazeman atau lebih mesra dipanggil Haze kini dilihat sering berkongsi perkara-perkara baik dan positif di laman sosial miliknya.

Terbaru, dia berkongsi amalan doanya dan akui lebih tenang dari sebelum ini. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memuji pengacara tersebut.

Serabut kejar rezeki

Tenang. Aku rasa aku tenang dalam gambar ni. Nak compare dengan gambar-gambar aku dulu yang, eh serabutnya entah apa yang nak diserabutkan. Maybe serabut mengejar rezeki lah mostly. Harta. Siap dalam doa pun pinta rezeki yang melimpah ruah. Nak harta banyak. Nak duit yang banyak. Aku rasa aku lah hamba paling shameless mintak macam-macam. Sampai atas sejadah tu lama benor rasanya aku duduk kat situ doa macam macam. Lagi lama doa daripada solat kalau nak ikutkan.

Sampai lah satu hari dalam usrah Haze, terkeluar satu statement dari sahabat. “Manusia ni sebenarnya bodoh sebab ingat Allah tak tau apa yang kita nak. Sebab tu kita minta macam-macam. Bila Allah sayang kita, semua perkara akan diberi automatic tanpa kita perlu minta. Dia kan Maha Kaya”. Tersentak adik sejenak di situ. Perasaan ketika itu seperti senak tumbukan yang menciduk ke arah atas di bahagian diaphragm perut.

Menurut Haze, dia lebih tenang berbanding sebelum ini sibuk mengejar rezeki. Terlalu banyak meminta sehingga tidak perasan sebenarnya Allah Maha Mengetahui segalanya apa yang diperlukan kita. Sehinggalah pada suatu hari dia tersentak mendengar kenyataan dari sahabatnya sendiri.

Tukar doa lebih ringkas dan padat

Maka bertukar lah doa aku sekarang. Lebih ringkas. Lebih padat. Dan seperti dalam ceramah di universiti, di Live IG, di TV, ada satu soalan lazim yang CONFIRM orang akan tanya. “Dalam Doa, apa yang Haze selalu minta?” (Selain yg lazim: seperti doa untuk ibu bapa etc) Jawapannya Haze share sini lah ya. Mana tau korang macam aku dulu tak tau nak doa apa sebab malu dengan Allah. “Ya Allah, aku SERAHKAN jiwa ku, raga ku, jasad ku, roh ku kepada kau untuk kau perlakukan apa sahaja kepada ku asalkan aku diredhai”. Oh dan dia tak habis kat situ ya kawan-kawan.

Dia ada next step, iaitu berserah. Berserah kepada apa sahaja yang akan berlaku pada diri kau selepas itu. Terima dengan depa tangan yang luas terbuka. Tadah segala apa yang bakal menimpa. Dan yakin akan Maha Pengasihnya Allah itu kepada kita, segala apa yang Dia bagi sebab dia nak redhakan kita. Terima sahaja seperti seorang hamba. Kerana hakikatnya itulah kita. Hanya hamba. Takut kan? Dah, nak buat macam mana? Syurga itu bukan percuma.

Sejak dari hari itu, dia menukar doanya lebih ringkas dan padat. Seterusnya kita sebagai hamba Allah cuma berserah dan yakin apa yang diberi oleh Allah kerana itulah yang terbaik untuk kita.

Sumber : Hazeman Huzir

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×