Bekas anggota BIGBANG, T.O.P dan pelakon Nana dilaporkan sedang menjalinkan hubungan istimewa selepas Dispatch mendedahkan beberapa foto dipercayai ketika meluangkan masa bersama.

Artikel Berkaitan: Taeyang Big Bang Dah Jadi Ayah, Timang Anak Lelaki Pertama

Artikel Berkaitan: Peminat Bengang 5 Tahun Tunggu Big Bang Buat ‘Comeback’

Sejak jun lalu?

Memetik laporan KoreaBoo, hubungan antara T.O.P atau Choi Seung-hyun dan Nana didakwa bermula selepas mereka bertemu ketika menjalani penggambaran muzik video pada Januari lalu.

Difahamkan, Nana sebelum ini membintangi muzik video lagu berjudul I’m Completely Crazy! (Studio54) iaitu salah satu lagu utama daripada album solo penuh pertama T.O.P, ‘ANOTHER DIMENSION’.

Menurut sumber, kedua-dua bintang K-Pop itu kemudiannya semakin rapat sebelum mula bercinta sekitar Jun lalu.

Selain itu, KoreaBoo turut mendakwa pasangan itu beberapa kali meluangkan masa bersama di sekitar Achiul Village, Guri, kawasan yang dikatakan menjadi tempat tinggal Nana.

Mereka juga dikatakan sering keluar berdua, termasuk menaiki teksi dan bertemu di kedai serbaneka.

Sumber: Koreaboo