Kumpulan sensasi Thailand yang semakin meningkat naik, BUS (because of you i shine), bakal mengadakan debut sulung mereka di Kuala Lumpur pada 19 Mei 2026 bertempat di Zepp KL.

BUS temui peminat Malaysia

Menerusi jelajah BUS THE 1ST ASIA FANCON TOUR: THE FIRST LIGHT, kumpulan yang mempunyai 12 ahli ini akan menyajikan persembahan yang bertenaga serta membawakan lagu-lagu hits mereka kepada penonton yang hadir.

Lebih menarik, peminat berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan eksklusif. Bagi pemegang tiket VIP, mereka akan menerima pakej lengkap yang merangkumi sekeping tiket pertunjukan, set kad foto kesemua 12 ahli, poster dengan tandatangan asli, serta lanyard dan laminat kenangan. 

Lebih istimewa, pemegang VIP bakal menikmati sesi Hi-Bye, sesi ramah mesra (mini greeting) selama 15 minit, dan akses ke lorong khas jualan barangan rasmi.

Manakala pemegang tiket kategori lain akan membawa pulang poster rasmi konsert. Malah, beberapa peminat bertuah akan dipilih secara rawak untuk turut serta dalam sesi Hi-Bye, sesi ramah mesra, serta menerima kad foto ahli kumpulan secara rawak.

Bagi anda yang tidak mahu terlepas, pendaftaran untuk Pra-jualan Keahlian BEUS sudah bermula hari ini (5 Mac) sehingga 14 Mac (12:59 AM) di laman web rasmi mereka. 

Ahli yang berdaftar boleh mendapatkan tiket lebih awal pada 17 Mac (Selasa) bermula jam 11 pagi. 

Pemegang kad Mastercard turut diberikan akses istimewa untuk pra-jualan pada 18 Mac (Rabu), sebelum jualan tiket untuk orang awam dibuka secara rasmi pada 19 Mac (Khamis) jam 11 pagi melalui www.golive-asia.com