Ratu cantik Malaysia, Taanusiya Chetty menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya mempunyai darah campuran dan berketurunan Chetti Melaka.

Artikel Berkaitan: ‘Guru Juga Mampu Bermimpi Besar, Bawa Nama Negara Ke Pentas Dunia’ – Taanusiya Chetty

‘Saya India’

Menerusi hantaran di Threads, Taanusiya atau mesra disapa Taanu, 26, menegaskan dia berbangsa India dan berasal dari Malaysia.

Sekadar menjelaskan dengan baik, saya berbangsa India dan bukan berasal dari Melaka, jadi saya tidak pasti dari mana datangnya anggapan tersebut.

Dalam hantaran sama, pemenang tempat ketiga Miss World 2026 itu turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu maklumat mengenai orang lain.

Saya percaya kita perlu sentiasa berhati-hati dengan perkara yang kita katakan mengenai orang lain, terutama apabila kita tidak mengetahui keseluruhan cerita.

Malaysia adalah sebuah negara yang indah kerana kepelbagaian yang dimilikinya dan lebih daripada segala-galanya, saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

Saya berharap kita dapat memilih untuk memahami daripada membuat andaian, serta memilih untuk bersikap baik daripada menyebarkan maklumat yang mungkin tidak tepat.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa Taanu merupakan keturunan Chetti Melaka iaitu komuniti India Peranakan yang terbentuk di Melaka sejak sekitar zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Chetti Melaka dipercayai mempunyai leluhur daripada pedagang Hindu dari India Selatan, khususnya kawasan Pantai Koromandel yang datang berdagang dan kemudiannya menetap di Melaka.

Sumber: Threads