Foto: Tangkap layar video
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, sudah pastinya mengimpikan perhubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya. Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan selebihnya perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Seperti perkongsian satu video di laman TikTok, oleh seorang wanita dikenali sebagai Farhanah Farah, berjaya menarik perhatian warganet di mana dia dan anak-anaknya pergi ke majlis perkahwinan bekas suaminya. Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat raut wajahnya yang ‘gembira’ melihat suaminya yang telah berkahwin semula dengan wanita lain.
‘Semoga berbahagia hingga ke jannah’
Foto: Tangkap layar video
Tidak semua wanita diberikan kekuatan untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas suami sendiri, lagi-lagi melihat insan yang pernah disayangi berdamping dengan wanita lain. Namun, ibu kepada tiga cahaya mata ini diberikan kekuatan untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas suaminya sendiri. Apa yang lebih mengejutkan, apabila dia dijemput sendiri oleh isteri baru bekas suaminya itu.
Bahkan, mereka sempat bergambar bersama di atas pelamin untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Ujar wanita ini lagi, dia sudah reda dengan apa yang telah terjadi dan meminta anak-anaknya untuk menerima keputusan yang diambil oleh bapa mereka dengan hati yang terbuka. Bertanyakan soal mengapa mereka bercerai, wanita ini hanya memberikan respon tiada lagi jodoh antara mereka.
Menerusi satu video lain, wanita ini turut menceritakan isteri baru suaminya menjadi punca mereka kembali berbaik semula demi memastikan anak-anak mereka mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada seorang bapa.
Selamat pengantin baru ex suami!
@farhanafarah2Slmt pengantin baru Ex hb… Semoga berbahagia hingga ke Jannah.. wlu aku dgn kau sentiasa berperang, tp aku tumpang happy di hari bahagiamu.#fyp? original sound – ?KroNoLoC?
Mesej daripada isteri ‘muda’
@farhanafarah2Kami x sangka pun pic smlm tu jd viral… semuanya ada hikmah disebaliknya… Tq Allah sbb bagi org sekeliling yg baik utk kami..##redhaituygterbaik#? Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe – Minisiren Remix] – Conkarah
Kuatnya akak!
Sumber: Farhanah Farah