
Ahli kumpulan Dolla, Tabby dan Angel tumpang gembira atas perkahwinan Sabronzo bersama pilihan hatinya, Dash Berlin.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Dengan Sabronzo Dolla & DJ Dash Berlin Di Klinik Kesihatan – ‘Mereka Buat Ujian HIV’
Artikel Berkaitan: Sabronzo Kongsi Foto Nikah, Dash Berlin Segak Berbaju Melayu
Sabronzo dah kahwin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Tabby mengucapkan tahniah kepada Sabronzo atau nama penuhnya Wan Sabrina Wan Rusli bagi menjalani kehidupan baru sebagai seorang isteri.
Dalam pada itu, Tabby sempat berseloroh mengatakan Sabronzo ‘terikat’ seumur hidupnya.
Sangat gembira untuk awak. Bali menjadi kenangan paling bermakna.
Sekarang salah seorang daripada kami dah terikat seumur hidup.
Bukan lah sebelum ini dia tidak, sebab Sabronzo memang dah ‘terikat’ dengan Dolla.
Sayang awak, rakan yang hebat.
Tahniah Sabronzo dan Dash Berlin.
Perkongsian yang dikongsi itu meraih perhatian netizen yang memuji tindakan ahli kumpula Dolla yang menghormati Sabronzo untuk berkongsi gambar secara rasmi terlebih dahulu.
Ramai tumpang gembira




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dipilih bagi setiap ahli dalam kumpulan Dolla.
Imbas kembali, Sabronzo didakwa sudah melangsungkan perkahwinan dengan deejay terkenal, Dash Berlin di Bali, Indonesia selepas tular satu gambar semasa majlis berlangsung.
Bagaimanapun, teka-teki mengenai statusnya terjawab selepas Sabronzo berkongsi beberapa foto perkahwinannya bersama deejay antarabangsa, Dash Berlin di Instagram (IG).
Sumber: Instagram @tabbybabyyy







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
