Semalam, nama pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia dan keluarga didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika Aidilfitri.
Terbaru, tindakan Neelofa tag nama suaminya, Haris Ismail di bahagian perut pada satu foto di Instagram telah mengundang persoalan netizen.
Kongsi gambar raya berdua
Gambar pasangan merpati dua sejoli ini telah dimuat naik di Instagram pada hari pertama Syawal iaitu Khamis lalu. Neelofa dan suami menggayakan pakaian sedondon berwarna biru gelap sambil di ruangan kapsyen, Neelofa memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukannya selama ini selain mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam yang menyambutnya.
Tetapi apa yang membuatkan netizen berteka-teki adalah mengapa Neelofa ‘tag’ nama suaminya di bahagian perut. Rata-rata daripada mereka mendakwa kemungkinan Neelofa kini sedang berbadan dua tetapi dia masih belum bersedia berkongsi mengenai berita itu kepada umum. Meskipun begitu, tiada sebarang respon yang diterima daripada pihak Neelofa berhubung isu ini.
‘Wah dah pregnant ke?’
Sumber: Noor Neelofa